
Kuala Lumpur, 3 Jun 2023 1.00pm. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit , Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi didalam mimbidas dan menjawab teguran yang dibuat oleh Asyraf Wajdi Dusuki terhadapnya kerana kononnya ‘Menembak Kaki Sendiri,’ satu hantaran terbaru di Facebook miliknya telah buat oleh Adun Rengit yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu dan menyatakan;
“apakah meminta Rafizi mengemukakan formula yang realistik dan luar biasa dianggap tembak kaki sendiri?, apakah mendesak menteri supaya ‘perform’ dianggap tembak kaki sendiri? apa salahnya Rafizi ditegur?. Kalau dia luar biasa, Kerajaan Perpaduan tambah kukuh.” Datuk Mohd Puad Zarkashi juga menambah; “Apakah Rafizi tidak boleh dikritik? tidak boleh ditegur? tidak boleh beri pandangan?”
Kenyataan balas ini dibuat susulan teguran Asyraf Wajidi Dusuki supaya UMNO khususnya Mohd Puad Zarkashi supaya ‘jangan menenbak kaki sendiri’ dan mengekang pemimpin UMNO dari menyerang sesama anggota atau pemimpin kerajaan.
#PrezCom