
Kuala Lumpur, 23 Mei 2023 12.30pm. Susulan kenyataan kontroversi yang dikeluarkan oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang mahu pengundi UMNO untuk mengundi DAP (Kerajaan Perpaduan) didalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh yang dengan tegas mahu membuktikan kepada rakyat bahawa “DAP bukan anti Melayu,” telah mendapat timbal balas positif daripada DAP.
Timbalan Ketua Kepimpinan Jawatankuasa Eksekutif Pemuda DAP (DAPSY), Young Syefura Othman mengucapkan terima kasih kepada Ahmad Maslan dan berkata, “Saya menyambut baik gesaan ini dan saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahmad Maslan kerana berlapang hati dan berjiwa besar…”. Selain Yong Syefura, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook juga menyambut baik usaha UMNO ini dan meminta ahli partinya juga menyokong dan mengundi calon UMNO pada PRN akan datang.
Sementara itu selain Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon yang mahu UMNO mengutamakan parti gabungan terlebih dahulu dan juga mahu UMNO berhati-hati didalam segala bentuk kerjasa antara BN dan PH, reaksi yang sama diberikan oleh Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaludin Alias yang berkata, ‘bagi saya kita tidak perlu mengarah ahli-ahli parti mahupun pengundi untuk memberikan undi atau menyokong mana-mana parti yang bertanding dalam kerajaan.
Pandangan Datuk Chong Sin Woon dan Datuk Seri Jalaludin Alias ini turut dikongsi oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Iskandar Puteri, Datuk Pandak Ahmad yang menyifatkan padangan Ahmad Maslan ini adalah bersifat peribadi. Pandak Ahmad juga menambah, katanya; ” Jangan kerana mempertahankan jawatan yang ada sehingga mengaibkan prinsip yang di bawah. Ahmad Maslah juga tidak mempunyai kuasa mengeluarkan arahan kepada ahli akar umbi kerana beliau bukan lagi Setiausaha Agung parti.”
Terbaru satu kajiselidik di buat oleh porta berita Sinar Harian melalui Instagram untuk melihat apakah DAP mampu menarik undi orang Melayu telah menunjukkan hasil dapatan; 74 peratus tidak bersetuju, 14 pertus bersetuju manakala 8 tidak pasti.
#PrezCom