Kuala Lumpur, 22 Mei 2023 4.00pm. Penyertaan UMNO di dalam Kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) masih berbau konflik terutama apabila hampir Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh yang pernah mengungkapkan kenyataan “Kahwin Paksa Adalah Lebih Baik Daripada Mendapat Pasangan Curang” yang merujuk kepada penyertaan UMNO didalam Kerajaan Perpaduan kali ini sekali lagi menegaskan kenyataannya dengan berkata,” Sejak kita menjadi Kerajaan Perpaduan, kita perlu membuktikan kepada rakyat bahawa DAP bukan anti-Melayu,” kenyataan ini dikeluarkannya didalam sesi wawancara bersama Sinar Harian yang lalu.

Dr Akmal berkata, “kita boleh berkerjasama diatas tiga(3) prinsip, prinsip pertama kita perlu percaya mempercayai antara satu sama lain, kedua kita perlu menghormati antara satu sama lain dan yang ketiga kita perlu memahami antara satu sama. Jadi kalau tiga perkara ini boleh dilakukan sudah tentulah kita melihat bahawa masa depan Malaysia ini jauh lebih baik. Ini masanya untuk kita mencorakkan gaya politik Malaysia untuk lima (5) ke sepuluh (10) tahun akan datang.”

Apabila ditanya tentang ‘Apakah naratif yang akan dibawa oleh Pemuda UMNO untuk PRN bagi mengubah persepsi orang Melayu terhadap DAP?.’ Dr.Akmal berkata, “kita masih ada masa untuk membuktikan DAP bukan Anti Melayu, kita masih ada ruang dan peluang untuk membuktikan bahawa semua parti bercakap soal agama dan bangsa. Kita perlu buktikan pada rakyat apa yang mereka fikirkan adalah salah dan terpesong sama sekali.”

#PrezCom