
Kuala Lumpur 21 Mei 2023 12.30am. Terdahulu sebelum ini PAS menerusi ketua penerangan PAS Johor, Abu Irfan Muhammad Al Urduni terus menggesa pihak kerajaan untuk membatalkan konsert jelajah dunia artis kumpulan rock British Coldplay yang dijadualkan akan di adakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 22 November depan kerana mendakwa kumpulan Coldplay dari United Kingdom itu akan menyuburkan LGBT di negara ini. PAS yang sebelum ini pernah menolak konsert Salena Gomez pada tahun 2016, konsert Billie Eilish pada tahun 2022 kini sekali lagi dengan tegas menggesa supaya kerajaan membatalkan konsert itu apabila Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nasrudin Hassan At Tantawi mengeluarkan kenyataannya di Facebook milik peribadinya yang mengaitkan kumpulan Coldplay itu dengan budaya hedonisme dan songsang.
Merujuk kenyataan yang dibuat oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Riduan Mohamad Nor di protal HarakahDaily, yang menyatakan PAS bukanlah parti ‘Taliban’ seperti yang didakwa oleh sesetengah masyarakat kerana para ulama telah menggunakan seni suara (muzik), wayang kulit, seni ukir, seni bina, penulisan sastera, seni mempertahankan diri dan beberapa kesenian lain sebagai pendekatan dakwah malah pada tahun 2018 setelah PAS mengambil alih kerajaan dengan pendekatan ‘artis dan seniman’ boleh turut terlibat dalam pelbagan program hiburan dan ini terbukti apabila artis seperti Ramli Sarip, Yantzen, Zuar XPDC, Ali Terra Rossa, Ijam, Medicine, Heliza Helmi dan puluhan anak seni lain terlibat membuat persembahan. PAS mengambil pendekatan berbeda terhadap artis Coldplay kerana meletakkan acuan dosa dan pahala dan pertimbangan moral dan akhlak didalam membuat keputusan. Beliau juga menambah, ‘masyarakat muslim perlukan vitamin intelektual dan hiburan patuh syariah bagi membina peradaban’.
Terbaru, membalas kenyataan yang dikeluarkan oleh PAS yang mempersoal hasrat kerajaan membernarkan kumpulan Coldplay membuat persembahan di Malaysia, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming selepas Majlis Jalinan Muhibbah KPKT semperna sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kementerian KPKT, Putrajaya berkata, “Pemimpin PAS yang berfikiran kuno tidak sesuai untuk masyarakat berbilang kaum, kita harus hormat menghormati dan jika dia (PAS) tidak suka Coldplay senang saja -jangan beli tiket tapi jangan halang peminat Coldplay untuk pegi.”
#PrezCom