
Kuala Lumpur, 20 Mei 2023 2.00pm. Kejadian ribut petir dan angin kencang di sekitar Kuala Lumpur pada kira-kira jam 6.30 petang semalam telah mengakibatkan beberapa kawasan mengalami kejadian pokok tumbang dan kerosakan harta benda. Tular beberapa paparan imej dan video klip tentang kejadian ribut petir di sekitar ibu negara yang dikongsikan oleh ‘netizen’.
Jurucakap Angaktan Pertahanan Awam Malaysia (JAPAM) mengesahkan menerima laporan berkaitan pokok tumbang di lebih kurang 19 lokasi di sekitar ibu negara diantara jam 7:30 dan 8:00 malam semalam. Antara kawasan terlibat termasuk Jalan Jinjang Aman 2, Jalan Ampang, Jalan Danau Saujana 1 Danau Kota, Jalan Kampung Padang Balang, Jalan Sultan Ismail (Bukit Nanas), Astana Mont Kiara, Jinjang Selatan, Kampung Padang Balang, PSN Raja Chulan, Jalan Dato Senu 26, Jalan Syed Putra, Jalan Stesen Sentral 2, Tasik Titiwangsa, Jalan Udang Kepal Segambut, Jalan Ipoh (SMK Batu Muda), Masjid Negara, Segambut, Jalan Santan dan Jalan 2/23D Danau Kota.
Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamata Malaysia Kuala Lumpur (PGOKL) melaporkan terdapat beberapa kenderaan rosak akibat dihempap pokok di beberapa kawasan dan ini termasuk sebuah Toyota Alphard di Bayu Mont Kiara dan empat kereta lain di Jalan Ayer Jernih, Setapak. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan bagi memastikan keadaan kembali sediakala.
Sementara itu hari ini Jabatan Meterologi Malaysia meramalkan cuaca kembali tenang di sekitar Kuala Lumpur tetapi ribut petir dijangkakan berlaku di satu dua tempat pada hari Ahad ( 21 Mei 2023) dan Isnin (22 Mei 2023).
#PrezCom