
Kuala Selangor, 18 Mei 2023 08.30pm. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Hj Ahmad Zahid bin Hamidi sewaktu meraikan Program Riang Raya Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Puncak Alam, Selangor petang tadi mengumukan peruntukan sebanyak RM10,000 kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di semua kampus Universiti Teknologi MARA (UiTM) di seluruh negara. Sambutan yang begitu luar biasa ditunjukkan oleh warga UiTM apabila hadir seramai sekurang-kurangnya 5,000 pelajar Ubagi bersama-sama meraikan Program Riang Raya Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Puncak Alam petang tadi.
Datuk Seri Dr. Hj Ahmad Zahid berkata, katanya; “saya berbangga bilamana majlis hari ini turut memberikan penghargaan kepada pelajar-pelajar UiTM yang berjaya menempa nama di Sukan SEA dalam acara pencak silat baru-baru ini malah penghargaan juga diberikan kepada mereka yang berjaya dalam bidang akademik, Kerana itu hari ini saya berbesar hati mengumumkan peruntukan sejumlah RM10,000 kepada 13 Majlis Perwakilan Pelajar di 13 Cawangan UiTM yang terdiri daripada 34 kampus.”
Datuk Seri Dr. Hj Ahmad Zahid juga menambah, katanya “sumbangan itu juga sebagai usaha membantu MPP menjalankan aktiviti dan program mereka.” Datuk Seri Dr. Hj Ahmad Zahid dalam ucapannya juga memberitahu bahawa beliau sedia untuk mendengar masalah pelajar-pelajar UiTM dan berbincang mengenai keperluan yang dikehendaki mahasiswa.
#PrezCom