
Putrajaya, 12 Mei 2023 10.00pm. Hari ini YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menerima kunjungan hormat daripada TYT Chung Hwang Keun, Menteri Pertanian, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar (MAFRA) Korea Selatan di Putrajaya. Setelah hampir lima (5) tahun mendapat kihidmat nasihat dan pemantauan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), akhirnya MARFA menerima persijilan halal bagi daging lembu Hanwoo, Korea pada awal tahun 2023. Selain Hanwoo sebelum ini hanya sebuh pusat penyembelihan di Korea Selatan yang menerima pensijilan halal iaitu di Hongcheon, wilayah Gangwon.
Chung Hwang Keun berakta ekspot daging lembu halal Hanwoo ke Malaysia yang akan bermula bulan depan dan berpotensi meningkatkan Perdagangan Dua Hala di antara kedua-dua negara. Pada tahun 2022 jumlah dagangan antara Korea Selatan dan Malaysia mencecah US$26.7 billion dan dijangka akan terus meningkat bagi tahun-tahun hadapan. Selain Malaysia, Chung Hwang Keun juga mensasarkan negara-negara yang memerlukan persijilan halal seperti Indonesia, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan negara-negara Islam lain.
Antara lain pertemuan kali ini adalah bagi membincangkan usaha kedua-dua negara untuk memperkukuhkan kerjasama dan perdagangan dua hala dalam bidang pertanian. Kedua-dua negara juga turut bersetuju untuk mengukuhkan lagi kerjasama dengan mewujudkan Memorandum Persefahaman Kerjasama Pertanian selaras dengan Sambutan Ulangtahun ke-40 Dasar Pandang ke Timur. Pertemuan hari ini turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha KPKM dan pegawai-pegawai kanan KPKM serta Ketua Pengarah dan wakil dari Jabatan Perkhidmatan Veterina, Jabatan Perikanan, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia dan Jabatan Pertanian.
#PrezCom