
Kuala Lumpur, 4 Mei 2023 11.30am. Kadar Dasar Semalaman atau lebih dikenali sebagai (OPR) adalah kadar yang ditetapkan oleh bank Bank Negara Malaysia bagi mengawal jumlah wang yang tersedia di pasaran kewangan.
Terbaru Bank Negara Malaysia (BNM) telah menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) daripada 2.75 peratus kepada 3.00 peratus dan BNM juga telah turut meningkatkan Kadar tertinggi dan terendah koridor bagi OPR kepada 3.25 peratus dan 2.75 peratus. Kesan langsung dari kenaikan OPR ini akan mempengerahui kadar faedah yang dikenakan oleh bank-bank komersil. Kenaikan OPR ini akan menyebabkan bank-bank komersil menaikkan kadar faedah yang dikenakan pada pinjaman. Ini akan menyebabkan kos bulanan pembayaran pinjaman seperti rumah, kereta, kad kredit dan lain-lain akan meningkat. Secara tidak langsung juga kenaikan OPR ini akan menyebabkan peningkatan kos sara hidup kerana ini akan mempengaruhi kos pembiayaan perniagaan. Dengan meningkatkatnya kos pembiayaan perniagaan ini ia akan memungkinkan peningkatan harga barang dan perkhidmatan dan seterusnya mempengaruhi perbelanjaan harian rakyat.
Walaubagaimanapun Jawatankuasa Dasar Monetari (Monetary Policy Committee, MPC) Bank Negara Malaysia mempunyai matlamat mengekalkan inflasi yang rendah, stabil dan pada masa yang sama menggalakkan pertumbuhan yang mampan. Oleh itu setiap kali keputusan yang diambil berkenaan OPR, MPC telah mempertimbangkan risko terhadap inflasi dan pertumbuhan di Malaysia. Bank Negara Malaysia juta telah mengeluarkan kenyataan bahawa ekonimi negara kita terus berada di landasan pertmbuhan dan inflasi keseluruhan menunjukkan trend menurun pada bulan-bulan kebelakangan ini disebabkan oleh faktor kos yang menurun.
#PrezCom