Kelantan, 30 April 2023 1.30pm. Kenyataan yang dibuat oleh Khalid Abd Samad ,Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH), yang merayu kepada Yang di-Pertuan Agong dan Lembaga Pengampunan agar menolak permohonan Najib untuk diampun dan dibebaskan dari penjara telah mendapat kritikan dari UMNO Kelantan apabila Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Hj. Zawawi Othman mendesak Khalid Abd Samad untuk memohon maaf secara terbuka kepad UMNO lanjutan dari kenyataan beliau itu.

Zawawi Othman juga memberitahu UMNO Kelantan akan mempertimbangkan untuk memutuskan kerjasama dengan Parti AMANAH di Kelantan sekiranya Khalid Abd Samad tidak memohon maaf sementara Khalid Abd Samad yang tegas dengan pendiriannya berharap UMNO Kelantan menghormati pendirian berbeza AMANAH didalam membantah pengampunan terhadap Najib Razak.

#PrezCom