Kelantan, 28 April 2023 3.30am. Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu, Jalan Padang Tembak Pengkalan Chepa sekali lagi telah mengeluarkan ‘Siaran Media’ berkaitan ‘Orang Dikehendaki Polis’ yang telah berjaya di tangkap berikutan melakukan aksi ‘wheelie’ sambil membonceng seorang wanita. Mereka hadir menyerah diri selepas dua (2) hari menghilangkan diri. Kedua-dua suspek iaitu penunggang dan pembonceng merupakan pasangan suami isteri yang baharu berusia 17 tahun dan 16 tahun. Mereka di tahan dan di lokap serta akan dibawa ke mahkamah Majistret Kota Baharu bagi permohonan tahanan reman. Siasatan lanjut akan diteruskan untuk pendakwaan bersama di tuduh dibawah peruntukan Seksyen 42(1) Akta Pengankutan Jalan 1987 yang boleh membawa kepada hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun dan didenda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM15,000 ringgit.

Penunggang Motosikal
KB(T) Rpt: 3241/23
Nama: Fakhrul Idham Bin Fakarudin
No KPT: 060306-03-XXXX
Umor: 17 Tahun

Pembonceng Motosikal
KB(T) Rpt: 3241/23
Nama Panggilan: Dalili Fahimah bt Ibrahim
No. KPT. 070223-03-XXXX
Umor: 16 Tahun

Berita Berkaitan:
Buru Sampai Dapat https://prezcom.my/2023/04/26/polis-buru-sampai-dapat/
Bakat Wheelie Mendapat Perhatian Pihak Polis Bukit Aman https://prezcom.my/2023/04/26/polis-buru-sampai-dapat/

#PrezCom