Kelantan, 26 April 2023 12.40 pm. Terdahulu sebelum ini tular di media sosial tentang aksi dua orang pemuda yang membuat aksi stunt ‘wheelie sagat kepala‘ dan baru-baru ini tular pula di media sosial aksi seorang penunggang motosikal lengkap berbaju Melayu biru muda menunjukkan bakatnya melakukan aksi ‘wheelie’ sambil membonceng seorang wanita. Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim kejadian itu dipercayi berlaku di Jalan Pasir Puteh, Kampung Peringat, Kota Baharu, Kelantan. Pihaknya telah mengarahkan anggota JSPT Kontijen Kelantan untuk mengesan penunggang motosikal tersebut bagi membantu siasatan.

Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata, katanya: “Aksi secara bebahaya itu merupakan kesalahan dibawah Seksyen 42 Akta Pengankutan jalan 1987. Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian tersebut boleh menyaluarkan maklumat kepada JSPT Kontijen Kelantan atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.”

Aksi Lepas: Wheelie Sagat Kepala https://youtube.com/shorts/xdseKxs8c8c?feature=share

#PrezCom