
Kuala Lumpur, 20 April 2023. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad malam ini mengumumkan bahawa tarikh Hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari Sabtu, 22 April 2023. Pengisytiharan ini disampaikan oleh beliau secara langsung menerusi siaran televisyen tempatan, katanya;
“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah de tetapkan pada hari Sabtu, 22 April 2023”
Terdahulu sebelum ini, YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan kerajaan persekutuan telah mengisytiharkan sama ada hari Jumaat (21 April) atau Isnin (24 April) sebagai hari kelepasan am tambahan bergantung pada tarikh 1 Syawal bermula
#PrezCom