Kuala Lumpur, 19 April 2023. “Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam) mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah dan ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (Al-Baqarah: 218)”

Pak Jamil atau nama sebenarnya Jamil Wahab, 63 tahun adalah bekas banduan yang paling lama berada disebalik tirai besi setelah menghabiskan 40 tahun hayatnya di penjara di bebaskan semalam. Pada 22 Mac 2023 Pak Jamil atau nama panggilan mesranya di kenali sebagai Jamil Hayat telah mendapat pengampunan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan telah dihantar pulang ke kampung halamannya di Kampung Guang, Keliwang, Sembawa di Indonesia.

Menurut portal berita BERNAMA.COM Pak Jamil di masukkan ke Penjara Johor Baharu pada Februari 1983 setelah dijatuhkan hukuman Penjara Seumur Hayat dan enam sebatan rotan di bawah Seksyen 5 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 oleh Mahkamah Sesyen Johor Baharu dan kemudiaan di pindahkan ke Penjara Tiping pada 1986. Pak Jami yang diberitakan sangat aktif dalam aktiviti keagamaan seperti menjadi Imam dan mengajar Al-Quran kepada penghuni penjara ketika berada di penjara.

Sementara itu Perdana Meneri, Datuk Seri Anwar Ibrahim didalam Sidang Media Khas 18 April 2023 semalam memberitahu Jabatan Penjara akan melaksanakan pelepasan Orang Bebas Berlesen (OBB) di bawah Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan MADANI (Kepulangan Yang Dinanti) sempena Aidilfitri ini. Ikhtiar ini dilaksanakan di seluruh institusi penjara Malaysia yang akan melibatkan lebih 1,000 orang sepanjang Ramadan dan Syawal ini. Menurut Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar, kini terdapat seramai 77,000 banduan yang sedang dipenjarakan.

#PrezCom