“Kini seorang Menteri DAP disiasat oleh SPRM. Dua pegawanya ditahan kerana rasuah. Baru lima bulan jadi Menteri” – Datuk Mohd Puad Zarkashi, Ahli Majlis Tertinggi UMNO

Kuala Lumpur, 18 April 2023.  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilapor telah mengambil keterangan Menteri Sumber Manusia daripada DAP, V Sivakumar, berhubung siasatan kes rasuah mengenai pengambilan pekerja asing. V Sivakumar dilaporkan hadir di Ibu Pelabat SPRM Putrajaya pada pagi hari Ahad bagi memberi keterangan susulan penahanan yang buat oleh SPRM keatas tiga (3) individu termasuh dua pegawainya minggu lalu.

Anthony Loke tampil membuat kenyataan berhubung isu ini dan memberitahu bahawa V Sivakumar yang juga Timbalan Setiausaha Agung DAP bukan suspek tetapi sebaliknya hadir untuk memberikan kerjasama memberikan keterangan. Sementara itu, V Sivakumar menafikan kononnya rumahnya di geledah oleh SPRM ketika ditemui media semasa menghadiri Pra Pelancaran Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2023.

#PrezCom