
Jumaat, 14 April 2023, Shah Alam.
Pegawai Khas Komunikasi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Gulab Jan Fazal Eladi menggesa kerajaan menyemak semula inisiatif Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang diibaratkan seperti ‘tutup lubang, gali lubang’. Beliau berkata demikian selepas menyerahkan memorandum bantahan di wisma KWSP di Shah Alam. Turut hadir menyerahkan memorandum adalah Persatuan Hak Asasi Manusia Global (GHRF) dan Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM).
Sementara itu Presiden GHRF, S.Sashi Kumar pula melebelkan FSA2 sebagai satu inisiatif ‘acuh tak acuh’ daripada pihak kerajaan. Beliau menambah, katanya; inisiatif FSA2 bukan bantuan tetapi bersifat pinjaman yang dikenakan faedah sedangkan majoriti pencarum yang memerlukan bantuan berkenaan sudah tidak bekerja dan tiada pendapatan malah ada yang telah disenarai hitamkan. Jadi kebanyakan mereka tidak lagi layak untuk mendapatkan pinjaman dari pihak bank.
Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) adalah satu kemudahan yang bertujuan untuk membolehkan ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan dengan kadar faedah (konvensional) atau kadar keuntungan (Islamik) yang dijangka diantara 4% hingga 5% sahaja berbanding kadar pasaran semasa iaitu 8% hingga 15%. Pengeluaran ini bersyarat iaitu pembayaran hanya akan dibuat kepada institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur 50 hingga 55 tahun. Antara manafaat fasiliti ini adalah simapnan ahli akan kekal dalam Akaun 2 dan terus menerima dividen tahunan KWSP ia sekaligus membolehkan ahli tetap mendapat menafaat pengkompaunan dividen ke atas pokok simpanan persaraan mereka.
Inisiatif ini juga tidak bercanggah Seksyen 51, Akta KWSP 1991 kerana baki simpanan dalam Akaun 2 hanya digunakan sebagai sandaran melalui pengeluaran pada umur persaraan. Ia juga selaras dengan objektif pelaburan KWSP sebagai sebuah dana persaraan jangka panjang untuk melindung dan menambah nilai simpanan ahli melalui pengisytiharan kadar dividen yang stabil dan mampan.
Nota: FSA2 boleh di akses pada pautan berikut: https://www.kwsp.gov.my/ms/fasiliti-sokongan-akaun-2
#PrezCom