
Bekas Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Melaka Ke-10 (Datuk Seri Idris Haron), Datuk Rosli Hasan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh dan didakwa dengan 12 pertuduhan menerima suapan berjumlah lebih RM400,000.00 diantara tahun 2017 hingga 2018 yang lalu sebagai habuan daripada kontroktor projek pembinaan.
Satu (1) tuduhan dikaitkan dengan pengubahsuaian rumah milik isterinya di Jalan Pokok Mangga 61. Taman Pokok Mangga yang bernilai RM323,736 dan
sebelas (11) lagi pertuduhan menerima rasuah wang berjumlah RM85,000 melalui bayaran kad kredit sebagai dorongan membantu sebuah syarikat kontraktor binaan bagi projek mereka bentuk, membina dan menyediakan sebuah masjid, tiga lot kedai dan rumah sampah secara reka dan bina dan dewan serbaguna di Lot 341 dan Lot 345, Mukim Bachang yang bernilai RM5.28 juta.
Tertuduh yang mengaku tidak bersalah di dakwa mengikut Seksyen 16(1)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan sekiranya sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda suapan atau mana-mana yang lebih tinggi.
Hakim, Elesabet Paya Wan membenarkan tertuduh di ikat jamin sebanyak RM80,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah dan tertuduh perlu melapor diri setiap bulan di pejabat SPRM, kes sebutan semula ditetapkan pada 16 Mei 2023.
#PrezCom