
Putrajaya, 11 April 2023. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berjaya menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi (MDB) menerusi dua (2) serbuan berasingan di dua (2) buah premis tanpa nama di Kawasan Perusahan Sf. Lalang, Sg. Petani, Kedah yang dijadikan sebagai tempat penyimpanan dan pemindahan minyak diesel bersubsidi. Serbuan dilakukan oleh penguat kuasa KPDN Putrajaya menerusi OPS TIRIS. Nilai rampasan di lokasi pertama dianggarkan berjumlah RM34,450.00 dan nilai rampasan di lokasi kedua dianggarkan berjumlah RM544,600.00. Enam (6) individu telah ditahan bagi membantu siasatan. Kertas siasatan dibukan dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
KPDN ingin memberi amaran keras ke atas mana-mana individu/syarikat yang berkaitan agar sentiasa mematuhi perundangan yang telah ditetapkan. Mana-mana orang yang melakukan kesalahan boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) dan jika disabitkan boleh didenda tidak lebih RM1,000,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Juta) manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM3,000,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Juta) bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali manakala bagi syarikat sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Juta) manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5,000,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Juta).
Selain itu, syarikat ini juga akan disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) (Akta 613) iaitu
kesalahan pengubahan wang haram bagi tujuan mengesan, membeku, menyita serta sehingga ke peringkat perlucutanhak ke atas apa-apa hasil pendapatan atau harta yang dijana daripada aktiviti haram penyelewengan
berkaitan minyak diesel.
Jika disabitkan dengan kesalahan di bawah Akta 613 ini boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima belas (15) tahun dan juga boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau lima juta ringgit yang mana yang lebih tinggi.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung aktiviti penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi boleh menyalurkan aduan yang lengkap kepada pihak Kementerian melalui saluran berikut:
- WhatsApp 019-279 4317 / 019-848 8000;
- Portal e-Aduan KPDN iaitu http://e.aduan.kpdn.gov.my;
- Call Centre 1-800-886-800;
- E-mel (e-aduan@kpdn.gov.my);
- Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN, dan;
- Bilik Gerakan Penguatkuasaan 03-8882 6088 / 6245
#PrezCom