Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Mohd Puad Zarkashi yang juga Speaker DUN Johor hari ini menyindir tuan Ibrahim Tuan Man yang mendakwa ‘terdapat kejutan bekas pemimpin UMNO menyertai parti PAS” Mohd Puad dalam hantaran di Facebook peribadinya berkata;

“Tuan Ibrahim kata, ada kejutan kerana bekas pemimpin UMNO akan sertai PAS. Itu bukan kejutan. Kalau dah namanya bekas pemimpin, dia akan ke mana sahaja. Cari Makan, Isu pemimpin UMNO melompat parti bukan baru. UMNO tidak pernah terkejut. Ada yang berkedudukan tinggi melompat parti bila parti hilang kuasa. Tun M pun melompat parti. Muhyiddin pun dua kali lima. Kalau setakat Annuar Musa, memang sudah lama dijangkakan.”

Kenyataannya ini juga dikeluarkan berikutan desas-desus yang penyertaan Presiden Muafakat Nasional, Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa ke dalam PAS.

#PrezCom