
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Zahid bin Hj. Hamidi, 70 tahun, yang dihadapkan dengan 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubalan wang haram dana Yayasan Akalbudi hari ini mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara bagi mengugurkan 47 pertuduhan yang dikenakan keatasnya. Datuk Seri Dr. Zahid yang di wakili oleh peguam, Hamidi Mohd Noh memohon Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan) bagi menangguhkan prosiding hari ini sementara menunggu keputusan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun.
Terdahlu sebelum ini, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan kes prima facie bagi semua tuduhan dan mahkamah membuat keputusan itu selepas membuat penilaian terhadap bukti-bukti yang telah dikemukakan oleh pendakwaan.
Berikut adalah 47 pertuduhan yang dikemukakan:
12 pertuduhan pecah amanah: menggunakan dana Yayasan Akalbudi dengan membuat enam pembayaran kad kredit milik persendirian, polisi insuran kereta dan lesen motor persendirian, kiriman wang kepada firma guaman dan sumbangan kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM)
8 pertuduhan rasuah: menerima suapan dari tiga (3) syarikat sebagai dorongan untuk membantu syarikat berkenaan mendapatkan projek MyEG. Syarikat tersebut adalah Profound Radiance Sdn Bhd, Data Sonic Group Berhad, dan Mastoro Kenny IT consultant & Service.
27 pertuduhan penggubalan wang haram: mendapatkan pendapatan daripada aktiviti haram dengan melibatkan diri secara langsung didalam transaksi diantara 29 Mac 2016 – 11 April 2018
#PrezCom