
Sembilan (9) yang terdiri daripada tiga (3) lelaki dan enam (6) perempuan warga tempatan yang disyaki terlibat didalam kes penipuan skim pelaburan ‘PLANETRADE’ telah di tahan bagi membantu siasatan. Pihak Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) telah menerima 92 laporan Polis dengan nilai kerugian sebanyak RM17,547,414.50 berkaitan skim ini.
Suspek utama skim pelaburan ini telah didakwa dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 137(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 manakala seorang lagi yang merupakan pengarah syarikat bagi mengendali skim tersebut telah didalka dibawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama 420 Kanun Keseksaan. Tujuh (2) lagi suspek telah dibebaskan dan dijadikan sebagai saksi pendakwaan.
Pihak polis juga dibawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubalan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFPUAA) 2001 telah membekukan aset-aset yang merangkumi:
i. 27 Akaun bank dengan nilai keseluruhan berjumlah RM 700,533.47
ii. Enam (6) buah kenderaan dengan anggaran nilai RM1,164,800.00 dan
iii. 11,000,000 unit saham di empat (4) buah syarikat yang berkaitan.
Dalam usaha untuk membentras kegiatan penipuan pelaburan ini, PDRM juga menegakan bahawa pihaknya telah menjalankan siasatan secara terperinci dan menyeluruh. Kesemua suspek yang ditahan mempunyi penglibatan dan berperanan sama ada menguruskan, mengendalikan dan mempromosikan skim penipuan ini. Antara yang ditahan juga merupakan pelabur atau mangsa skim yang berperanan sebagai ‘Authorised Introducer’ iaitu menerima komisen bagi setiap pelabur yang dibawa masuk ke dalam skim tersebut.
PDRM menggesa mana-mana individu yang telah menjadi mangsa untuk tampil segera membuat laporan polis. Orang ramai juga di ingatkan supaya sentiasa berwaspada dan melaksanakan semakan yang lebih terperinci sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan yang terlalu lumayan. Orang ramai juga diminta membuat semakan atau mendapatkan keterangan lanjut dari sumber-sumber rasmi seperti Semak Mule, Alert List Bank Negara Malaysia (BNM) dan Security Commission (SC) sebelum membuat keputusan untuk menyertai skim pelaburan yang meragukan.
#PrezCom