Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengeluarkan amaran kepada orang ramai tentang sindiket penipuan @ scam yang melibatkan jualan baju raya secara atas-talian melalui media sosial. Kementerian Komunikasi dan Digital juga telah mengeluarkan hebahan tentang isu ini dan berharap orang ramai sentiasa berhati-hati apabila membuat pembelian di dalam talian.

Antara Modus operandi sindiket ini adalah:

  1. Scamer mambuat akaun palsu di media sosial seperti TikTok, Instagram atau Facebook
  2. Scammer membuat iklan baju raya dengan tawaran harga promosi
  3. Mangsa akan tertarik dan membuat pembayaran ke akaun perseorangan
  4. Mangsa yang belum menerima parcel akan menghubungi scammer
  5. Mangsa perlu membuat bayaran tambahan dan dijanjikan pulangan wang selepas parcel diterima
  6. Scammer selepas menerima pembayaran akan menyekat akaun mangsa dan menukar identiti lain di media sosial

Orang ramai diniasihatkan agar tidak cepat terpedaya dengan tipu muslihat yang menawarkan harga murah tanpa membuat usul periksa latar belakang peniaga dan melihat ruangan review terlebih dahulu.

#PrezCom