Berikutan Ketetapan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang ingin memohon pengampunan dibuat terhadap Najib Razak melalu pengampunan di Raja, beberapa petisyen dan bantahan mula tular di media sosial dan salah satu petisyen telah dibuat di portal Change.Org.

“Najib Razak baru sahaja didapati bersalah oleh mahkamah tertinggi negara tetapi ada pihak yang sudah mula memikirkan untuk memohon pengampunan kepada DYMM YDP Agong. Kita tak boleh biarkan ini berlaku. Tandatangan petisyen ini untuk diserahkan kepada YDP Agong”

Berikut diatas adalah salah satu bentuk petisyen yang dibuat di portal Change.Org yang di anjurkan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) bagi membantah pengampunan terhadap Najib Razak. Petisyen ini adalah antara petisyen yang popular dan antara yang tertinggi mendapat tandatangan.

Sementara itu Bekas Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mendakwa UMNO cuba menggunakan ‘desakan politik’ bagi mendapatkan pengampunan diraja bagi membebaskan Najib Razak.

Antara komen dari warganet@netizen yang dapat di lihat di Change.org adalah seperti berikut:

  1. Arni Haslinda Abd Halim: “saya mahu kes ini dijadikan contoh supaya pemimpin-pemimpin lain tidak akan melakukan perkara yang sama”
  2. Zaharom Nain: “Najib telah mencuri dan mengkhianati semua rakyat Malaysia untuk beberapa generasi”
  3. Roselan Omar:”Baru 1 malam di penjara kajang dah hendak memohon pengampunan Agong. Ini salah dan tidak adil. 1 dunia sedang menyaksikan apa yang berlaku di Malaysia! Hapuskan Rasuah!”
  4. Imran Ramadhan Rama: It’s really not right fo the Agong to give pardon since everything shows proof that Najib is guilty. Agong should set a good example and don’t pardon criminals like Najib. The whole world is watching so hope the Agong don’t embarrass the Royalty of Malaysia. The Agong must make a statement that they won’t pardon Najib otherwise what’s the justice system in Malaysia for if can alwaya pardon criminals like Najib. When almost the whole or Malaysia supports Najib sentence to prision. Agong must reject right away. Thank you Agong.
  5. Mahira Mulio: Corrupted ex leders and high profile criminals who have abused their power and position should not be given leniency as they have broken their trust and responsibility to the country, it should be as equal as severe as treason!

Adakah Najib Razak akan kekal menjalani hukuman penjara diatas kesalahan yang dilakukannya seperti semua pesalah-pesalah yang didapati bersalah di atas penghakiman mahkamah atau dibebaskan dengan pengampunan di Raja masih masih menjadi tandatanya. Adakah nasib rakyat berbeza dengan nasih ahli-ahli politik apabila melakukan jenayah juga menjadi tanda tanya.

Artikel Berkaitan
Bukan Semua Mahu Najib Di Ampunkan
https://prezcom.my/2023/04/08/bukan-semua-mahu-najib-di-ampunkan/

Pengampunan Najib Razak
https://prezcom.my/2023/04/08/pengampunan-najib-razak/

#PrezCom