Firman Allah yang bermaksud: “Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” – [Surah Al Baqarah:185]

Di Malaysia serta Muslim di kebanyakan negara menyambut Nuzul al-Quran pada 17 Ramadan setiap tahun. Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur’an yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada hari ini. Al-Quran adalah kalam Allah mengandungi 323,671 huruf, 77,437 kalimah, 6,236 ayat, 114 surah yang terkandung dalam 30 juzuk, 60 hizib dan 240 maqra’ adalah mukjizat Nabi SAW yang kekal hingga ke hari ini. Peristiwa nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad melalui perantaraan malaikat Jibril.

Sabda Nabi SAW bermaksud, “Bacalah al-Quran, kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada sesiapa yang membacanya” (Hadis Riwayat Muslim).

#PrezCom