
Badan induk Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) hari ini membekukan pembiayaan kepada Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) setelah menarik balik hak penganjuran Piala Duna Bawah 20 Tahun oleh Indonesia selepas dua gabenor wilayah Indonesia enggan menjadi tuan rumah pasukan Israel yang akan turut beraksi dalam kejohanan itu.
Terdahulu sebelum ini satu tunjuk perarakan tunjuk perasaan di ibu kota Jakarta dibuat dengan mengibarkan bendera Indonesia dan Palestin sebagai tanda protes kepada penyertaan Israel di temasya sukan Bola Sepak Bawah 20 Tahun itu.
Piala Dunia Bawah 20 Tahun di jadualkan bermula dari 20 Mei hingga 11 Jun 2023 bertempat di enam lokasi utama iaitu Jakarta, Bandung, Bali, Palembang, Surabaya dan Solo.
#PrezCom