
Pada 6 September 2022, Najib Razak memfailkan semakan (memohon untuk membatalkan keputusan) terhadap keputusan panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat pada 23 Ogos 2022. Najib Razak menyatakan bahawa, haknya untuk mendapatkan perbicaraan adil sebagaimana dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan telah dinafikan. Permohonan semakan itu dibuat mengikut Aturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995. Najib memohon untuk membatalkan keputusan yang dibuat oleh panel lima hakim Mahkamah Persekutuan
Berikutan itu pada 19 Januari 2023 seramai lima (5) hakim mendengar semakan yang difailkan oleh Najib Razak bagi menyemak semula keputusan mahkamah yang mengekalkan sabitan terhadapnya berhubung kes penyelewengan dana Syarikat SRC International Sdn Bhd. Mereka ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abdul Rahman Sebil Sebli, Tiga Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Nordin Hassan serta Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abu Bakar Jais.
Hari ini keputusan Panel Hakim adalah Majoriti (4-1) dan Selari dengan Keputusan yang dibuat pada 23 Ogos 2022 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Arif Ketua Hamim Negara Tun Tengku Maimum Tuan Mat iaitu mengekalkan sabitan bersalah dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210juta terhadap Najib Razak. Keputusan majoriti hari ini dibuat oleh panel hakim Mahkamah Persekutuan Rhodzairah Bujang dan Nordina Hassan, serta hakim Mahkamah Rayuan Abu Bakar Jais yang menolak permohonan semakan Najib Razak terhadap sabitan dan hukuman terhadapnya dalam kes rasuah SRC International berjumlah RM42 juta.
Keputusan dibaca oleh hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Vernon Ong Lam Kiat bagi pihak lima hakim. Hakim Datuk Vernon Ong Lam Kiat juga berkata “tiada merit dalam hujah yang mengatakan hakim ketika rayuan tersebut telah terkhilaf apabila melarang Hisyam Teh Poh Teik menarik diri daripada rayuan kes SRC International. Hak Najib telah mendapat perbicaraan yang adil tidak di nafikan”. Pendakwaan diketuai oleh timbalan pendakwa raya V Sithambaram manakala Najib diwakili oleh peguam utama, Muhammad Shafee Abdullah.
Najib Razak kini terus menjalani baki hukuman penjara 12 tahun di penjara Kajang.
Sidang Media: https://youtu.be/1f8QVVuVZ-Q
#PrezCom