
Spekulasi pertukaran Ketua Meteri Melaka yang tular di aplikasi WhatsApp berhubung Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Ketua Menteri Melaka baru-baru ini terjawab apabila Datuk Seri Dr. Zahid bin Hamidi telah mengesahkan menerima surat perletakan jawatan Ketua Meneri Melaka, Sulaiman Md Ali yang diserahkannya (Silaiman Md Ali) sendiri sewaktu pertemuan di pejabatnya di Parlimen.
Semalam sewaktau sesi sidang media selepas Majlis Santunan Kasih Ramadan Negeri Pahang di Masjid Kampung Lebu, Lurah Bilut Bentong Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid memberitahu media bahawa beliau telahpun mengadap Yang di-Pertua Negeri Melaka, Mohd Ali Rustam bagi mempersembahkan nama-nama calon bagi menggantikan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka yang baru. Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO juga telah mengesahkan anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Bidara Ab Rauf Yusof di calonkan sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu.
Hari ini Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Zaidi Johari berkata Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka ke-13 dijadualkan akan dibuat besok (31/3/2023) di Dewan Sri Utama, Pejabat Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka pada jam 3.00 petang susulan perletawakan jawatan Adun Lendu itu.
#PrezCom