Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahdi Hamidi pagi ini saya mempengerusikan Jawatankuasa Kabinet Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS), agenda utama kesihatan bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan serta intervensi yang komprehensif dalam membudayakan hidup sihat.

Berdasarkan Kajian NHMS, didapati 1 daripada 5 rakyat Malaysia menghidapi diabetes, 3 daripada 10 rakyat Malaysia mempunyai kolesterol tinggi dalam badan dan 1 daripada 2 rakyat Malaysia mempunyai berat badan yang berlebihan dan obes yang akhirnya meningkatkan faktor risiko kepada penyakit kronik.

Tambahan itu, sebanyak 73% kematian adalah disebabkan oleh penyakit pembudayaan hidup tidak sihat (NCD). Kebarangkalian kematian pramatang rakyat Malaysia akibat NCD adalah sebanyak 18% iaitu lebih tinggi daripada negara Thailand (14%), Singapura (9%), mengikut kajian WHO.

Justeru, hari ini mesyuarat bersetuju dengan hala tuju serta inisiatif ANMS seperti melaksanakan dasar literasi kesihatan, memperluas perkhidmatan wellness hub, memperkasa kerjasama dengan NGO melalui program MyChampion dan memperluas saringan kesihatan termasuklah memberi saringan kepada ahli-ahli Dewan Rakyat & Dewan Negara.

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidu juga mengharapkan dengan langkah-langkah & kerjasama berterusan daripada semua Kementerian terlibat dapat memangkin pembudayaan hidup sihat dan wujudkan persekitaran yang lebih lestari.

#PrezCom