Kuala Lumpur, 22 Mac 2023 12:52pm. Belumpun isu ‘Jom Ziarah Gereja’ dan belajar tentang Agama Kristian reda, hari ini Thai Hot Guy pula menjadi kecoh di media sosial. Apa tidaknya sewaktu seluruh umat Islam di Malaysia sedang membuat persediaan menyambut bulan Ramadhan hari ini media sosial menghidangkan mereka dengan acara ‘Thai Hot Guy’ yang dijangkakan akan membuat pembukaan rasmi di sebuah bar yang dikenali sebagai ‘Privacy Club tun Razak’ di Jalan Tun Razak di Ibu Negara pada 30 Mac ini.

Program ‘Thai Hot Guy’ diiklankan dan berbunyi begini “Wow wow wow 🤤‼ ️Thai hunks will show up at KL Privacy Tun Razak on March 30th 💖You don’t need to go to Thailand🇹🇭 to meet them😍They will bring their best sexy pajamas show at this event! Absolutely High. Hurry up and make an appointment with your friends”. Poster-poster yang dijaja bersama iklan ini disebarkan dengan foto gadis-gadis seksi dengan aksi lucah meraba dada-dada lelaki yang berpakaian wanita/seksi.

Rata-rata netizen mencemuh dan mula mempersoalkan adakah ini bentuk kerajaan Malaysia Madani dan adakah ini bentuk perpaduan yang hendak di gayakan untuk rakyat Malaysia. Netizen juga mempersoalkan “di mana Menteri Agama,?, di mana PM Malaysia Madani?” dan “Bagaimana pihak berkuasa tempatan boleh memberikan lesen kepada kelab yang secara terang-terang memganjurkan aktiviti yang boleh merosakkan keharmonian kaum di negara ini dengan tidak sedikitpun sensetif dengan orang Islam?

Parti Islam Se-Malaysia antara yang pertama bersuara dengan mengeluarkan kenyataan media dalam isu ini serta membantah keras penganjuran acara seperiti ini. “Keterlaluan, Tidak Sensitif, Tidak Bermoral. Malah Menjijikkan”, ini adalah komen yang dilontarkan oleh Setiusaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan sebagai tanda protes dan tidak bersetuju dengan program ini. Beliau juga menambah, katanya: Jelas bahawa acara ini mempromisi budaya hedonistik, lucah dan seks bebas. Takiyuddin juga mengesa Dewan Bandaran Kuala Lumpur (DBKL) agar segera menimbang semula kebenaran penganjuran acara berkenaan kerana sangat berlawanan dengan budaya tempatan dan tidak sensitif kepada kedudukan Islam sebagai agama persekutuan, apatah lagi diadakan pada Bulan Ramadhan’.

Dr.Akmal Saleh, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pun memberitahu ‘esok pergerakan Pemuda UMNO seluruh Malaysia akan membuat laporan polis’ sementara itu setakat tengahari ini belum ada apa-apa komen dikeluarkan oleh Majlis Ulama UMNO Malaysia setakat tengahari ini tentang isu ini.

#PrezCom