
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata beliau berpuas hati dengan perjalanan Pemilihan UMNO 2023/26 yang melibatkan seramai 160,000 perwakilan walaupun beberapa kekecohan telah berlaku di beberapa bahagian seperti di Johor Bahru dan Lahad Datu baru-baru ini. Beliau juga berkata, katanya “Saya berpuas hati tetapi perlu penelitian dan kita mesti berlaku adil pada setiap calon dan perwakilan yang hadir kerana tidak mustahil akan ada yang tidak berpuas hati”. Mengulas lanjut tentang insiden kekecohan yang berlaku, Datuk Seri Zahid memberitahu bahawa Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) mampu menjalankan siasatan dan semua ketidakpuasan hati akan ditangani dan sekiranya ada kes-kes yang memerlukan rujukan kepada Lembaga Disiplin makan tindakan segera akan dilakukan.
Apa yang menarik bagi pemilihan sesi 2023-2026 kali ini adalah bagi kedudukan kerusi panas (hot seat) pemilihan 25 orang Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan jawatan Naib Presiden UMNO. Bagi jawatan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled bin Nordin berjaya mengekalkan jawatannya sebagai Naib Presiden sementara dua (2) lagi muka baharu yang berjaya adalah Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail dan Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani.
Sementara itu bagi jawatan Majlis Kerja Tertinggi UMNO seramai 95 orang calon bertanding dan Tengku Zahrul, Isham Jalil dan Lokman Adam adalah diantara 25 orang calon yang telah berjaya memenangi jawatan itu.
Lain-Lain
54 orang muka baharu telah berjaya memenangi pertandingan sebagai Ketua Bahagian dan ini termasuklah kejutan yang di buat oleh Dr. Muhamad Akmal Saleh yang telah berjaya memenangi jawawtan Ketua UMNO Bahagian Jasin. Terdahulu sebelum ini Dr. Muhamad Akmal Saleh juga telah memenangi pertandingan sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sesi 2023-2026. Di Pekan pula Datuk Fakhruddin Mohd Arif telah berjaya memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Pekan yang selaligus telah berjaya menewaskan Datuk Seri Zamri Ramly sebagai penyandang jawatan itu setelah Datuk Seri Najib dikenakan hukuman penjara pada bulan Ogos tahun lalu.
Sementara itu dua (2) lagi kejutan dibuat apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, Datuk Rais Yasin telah berjaya menewaskan Ketua UMNO Bahagian yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad. Di Perlis pula kejutan juga di buat apabila Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya telah berjaya menewaskan bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Kangar.
Pengerusi Jawatankuasa UMNO (JPU) Tan Sri Syahir Abdul Samad mengesahkan keputusan pertandingan bagi jawatan Majlis Kerja Tertinnggi (MKT) UMNO yang melibatkan 187 bahagian hari ini.
Rujukan:
Keputusan Penuh Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (Penggal 2023-2026)
Keputusan Penuh Pemilihan Jawatankuasa Sayap-Sayap (Penggal 2023-2026)
PENGERUSI TETAP
TAN SRI HAJI BADRUDDIN BIN AMIRULDIN
TIMBALAN PENGERUSI TETAP
DATUK SERI ABDUL FATTAH BIN
ABDULLAH
PRESIDEN
DATO’ SERI DIRAJA DR AHMAD ZAHID
BIN HAMIDI
TIMBALAN PRESIDEN
DATO’ SERI UTAMA MOHAMAD BIN HJ HASAN
NAIB PRESIDEN
1. DATO’ SRI HAJI WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL
2. DATUK SERI MOHAMED KHALED BIN NORDIN
3. DATUK SERI JOHARI BIN ABDUL GHANI
AHLI MAJLIS KERJA TERTINGGI
1.DATUK SERI DR SHAMSUL ANUAR BIN NASARAH
2. DATO’ SERI DIRAJA DR ZAMBRY BIN ABD KADIR
3. DATUK SERI HAJI AHMAD BIN MASLAN
4. SEN. TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ
5. DATUK SERI PANGLIMA BUNG MOKTAR BIN HJ RADIN
6. DATUK HAJI AHMAD JAZLAN BIN YAAKUB
7. DATUK SERI ABDUL AZEEZ BIN ABDUL RAHIM
8. DATO’ SRI HAJAH SHAHANIZA BT SHAMSUDDIN
9. DATO’ HAJI AZIAN BIN OSMAN
10. DATO’ SERI DR MD ALWI BIN CHE AHMAD
11. DATO’ DR IR SHAIK HUSSEIN BIN MYDIN
12. DATUK ZAHIDA BINTI ZARIK KHAN
13. DATUK HAJI MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
14. DATO’ SRI MOHD SHARKAR BIN SHAMSUDIN
15. DATO’ SRI HAJI ABDUL RAHMAN BIN MOHAMAD
16. DATUK DR MOHD PUAD BIN ZARKASHI
17. DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM
18. DATUK HAJI JOHAN BIN ABD AZIZ
19. ISHAM JALIL
20. DATUK SERI PANGLIMA ABD RAHMAN BIN DAHLAN
21. DATO’ LOKMAN NOOR ADAM
22. DATO’ SERI DR AHMAD BIN SAID
23. DATUK ROSNAH BINTI HAJI ABD RASHID SHIRLIN
24. DATUK MOHD RAFI ALLI HASSAN
25. DATUK ABDUL RAZAK BIN ABDUL RAHMAN
#PrezCom