
Kuala Lumpur, 18 Mac 2023 01:10pm. Menurut pihak penganjur ‘Jom Ziarah”, Impact Malaysia, Projek Artikel 11 di bawah inisiatif Malaysia Inklusif bertujuan meningkatkan persefahaman belia dari segi budaya pelbagai kaum dan agama dalam masyarakat majmuk yang wujud di negara ini dan projek tersebut juga turut melibatkan ziarah ke rumah-rumah ibadat lain seperti masjid, kuil dan gudwara. Impact Malaysia yang merupakan sebuah Persatuan Bukan Kerajaan di bawah Kementerian Belia dan Sukan telah mendapat kritikan keras di media sosial dan pelbagai pihak berikutan penganjuran program ini. Semalam kami ada menyiarkan laporan berita berkenaan isu ini, pihak PrezCom memandang serius tentang isu dan berusaha menjelaskan kepada kepada masyarakat tentang status dan pandangan dari pelbagai pihak terhadap isu ini supaya ianya dapat di jelaskan dan dirungkai secara baik.
Artikel berita sebelum ini telah menyiarkan kenyataan dari Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang meminta pihak penganjur supaya meminda kandungan risalah program dengan menyatakan program ini bukan melibatkan belia beragama Islam, kenyataan dari Pengerusi Penaja MN Negeri Sembilan, Badrul Hisham Shahrin@Che’GuBard yang menyifatkan program ini sebagai berunsur gerakan ‘evangelist’, dan juga kenyataan dari Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh sendiri yang menyatakan program ini tidak melibatkan belia Muslim.
Laporan berita hari ini sekali lagi mendapatkan penjelasan dan pandangan dari beberapa orang tokoh terkemuka bagi membantu memperjelas isu ini. Terbaru , Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) yang juga Timbalan Ketua Menteri 1, Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman ketika di minta mengulas tentang isu ‘ziarah rumah ibadat agama lain’ oleh pemberita selepas Majlis Pentauliahan Amil Zakat Fitrah dan Sumbangan Ehya’ Ramadah, di Kepala Batas semalam berkata; “sebarang program mengajak umat Islam melawat rumah ibadat bukan Islam di negeri itu perlu merujuk kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Ini bagi memastikan pihak penganjur mematuhi semua garis panduan yang telah ditetapkan supaya program yang akan dijalankan berada didalam keadaan terkawal.” Kenyataannya ini dipetik dari portal berita BERNAMA, Jumaat 17 Mac 2023.
Menimbang isu yang hampir sama, terdahulu sebelum ini didalam isu berkaitan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor pernah berkata, “orang Islam terutama generasi baharu dilihat semakin tidak sensetif dengan perkara yang boleh merosakkan iman serta akidah mereka.” Komennya ini dibuat ketika beliau diminta mengulas tentang satu ‘footage’ video berdurasi 45 saat yang tular di media sosial memperlihatkan sekumpulan orang Islam termasuk kanak-kanak berarak bersama pedati dan menyorakkan perkatan ‘vel-vel’. Datuk Seri Wan Salim juga menyuarakan kebimbangannya terhadap kemungkinan orang Islam yang salah faham dengan konsep ‘toleransi beragama’. Beliau menyatakan ‘toleransi’ bermaksud menghormati kesemua agama yang dianuti oleh kaum-kaum di negara ini tetapi bukan menyertai upacara keagamaan mereka kerana penyertaan umat Islam dalam upacara keagamaan bukan Islam adalah haram.
Sementara itu Perdana Menteri, Datuk Seri Anuar Ibrahim semasa sidang media selepas mesyuarat Kabinet di Pejabat Perdana Menteri semalam memberitahu “ada pihak hilang kuasa cuba tiup sentimen kaum dan agama,” dan didalam menangani singgungan, fitnah dan serangan terhadap Kerjaan Perpaduan beliau berkata “kita tegaskan bahawa kita tetap teguh pertahankan perlembagaan negara, Islam agama persekutuan dengan memberikan ruang dan kebebasan seperti yang di jamin didalam perlembagaan peesekutuan berkenaan hak semua agama dan sekiranya ada isu berbangkit ianya hendaklah dileraikan dengan baik tanpa ada prasangka.”
Beliau juga menambah, katanya: “sebarang usaha oleh sesiapapun yang cuba mengadu domba menghangatkan suhu kaum atau agama di negara ini tidak akan di izinkan, saya telah mengarahkan seluruh pasukan keselamatan untuk waspada kerana orang yang ‘desprate’ dan rasa tercabar akan menggunakan sentimen ini dan rakyat yang miskin akan diupah untuk menimbulkan apa-apa kekacauan. Jadi saya ingin tegaskan dan Kabinet bersama dalam hal ini, untuk mempastikan bahawa keamanan, kedamaian semua kaum dipertahankan dan tidak akan bertolak ansur sedikitpun terhadap usaha-usaha menggangugugat keselamatan negara”.
Dengan penjelasan dari Perdana Menteri diharap isu ini telah terlerai dan tidak dijadikan bahan berpolitik serta meniup sengketa antara kaum dan agama kerana Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh sendiri telah menjelaskan bahawa program ini tidak melibatkan belia Muslim.
Artikel Berkenaan: Pertubuhan Bukan Kerajaan di Bawah Kementerian Belia dan sukan Anjur Program ‘Jom Ziarah Gereja’
#PrezCom