
Masalah air di Kelantan bukanlah perkara baru dan isu ini telah berlaku sebelum tahun 1990 lagi dan berlanjutan sehingga hari ini. Isu masalah kekurangan bekalan air di Kelantan menjadi serious pada tahun 2016 apabila 2,000 orang pendududuk di Kg Tualang, Simpangan, Bendang Pak Yong dan Kubang Sawa terpaksa membeli bekalan air di tempat lain ekoran ganguan bekalan air yang serious. Pada April tahun 2022 isu ini kembali hangat apabila kebakaran terjadi di Berek 12 Kota Baharu Kelantan dan telah memusnahkan sekurang-kurangnya enam (6) buah rumah. Akhbar-akhbar tempatan pula melaporkan bahawa tiada air adalah punca kebakaran.
Terbaru, Yang Amat Berhormat, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Hj. Ahmad Zahid bin Hamidi didalam sidang media yang dibuat selepas majlis memperkenalkan calon-calon pemilihan UMNO sesi 2023/26 di Kota Bharu hari ini memberikan janji, katanya; “Berikan peluang hanya lima tahun untuk BN membuktikan kita mampu memberi bekalan air bersih kepada rakyat di negeri ini (Kelantan), jika rasa tidak okay boleh tukar semula.” Beliau menambah “Pihak-pihak tertentu tida boleh menyalahkan Allah dalam isu air keruh, sebaliknya sebagai pemimpin kita perlu berusaha memberikan air bersih kepada rakyat”.
Mengulas mengenai calon-calon UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan, Datuk Seri Dr. Hj. Ahmad Zahid bin Hamidi berkata; “UMNO akan meneliti semua calon-calon selepas 18 Mac 2023 iaitu selepas tamat sesi pemilihan UMNO sesi 2023/26 dan tiga perkara yang menjadi faktor utama untuk dipilih adalah ‘winnability’ (boleh menang), ‘likebality’ (disenangi) dan ‘acceptability’ ( diterima). Datuk Seri Dr. Hj. Ahmad Zahid bin Hamidi juga menambah dan berkata “Bagi saya Kelantan ini masalah air mesti diselesaikan dan itu janji BN di Kelantan”.
Sementera itu Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Kamarudin Md Nor berkata beliau yakin Perikatan Nasional (PN) mampu sapu bersih semua kerusi PRN Kelantan berdasarkan momentum sokongan pengundi terhadap PN pada PRU 15
#PrezCom