
Kuala Lumpur, 15 Mac 2023 02:44pm. Di bawah ‘Belanjawan 2023’ pihak kerajaan telah memperuntukkan lebih RM1 bilion
Beria baik untuk ‘Warga Emas’.Di bawah Belanjawan 2023 terdapat 40 Skim Bantuan Belanjawan yang boleh dikategorikan kepada enam (6) bentuk utama iaitu Bantuan In Kind, Bantuan Tunai, Subsidi & Insentif, Pindaan Dasar/Akta, Bayaran Balik & Jaminan Pinjaman serta Langkah Cukai. Bantuan Warga Emas (BWE) merupakan salah satu daripada 16 skim Bantuan Belanjawan yang terdapat dibawah kategori ‘Bantuan Tunai’. Bantuan Warga Emas (BWE) yang diberikan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan tujuan untuk membantu warga emas meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti telahpun dibuka.
Bagi memudahkan dan melicinkan proses bantuan orang ramai bolehlah terlebih dahulu memuat turun dan mengisi borang ‘JKM 18 (Borang Pemorhonan Bantuan)’ sebelum hadir ke Pajabat Kabajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian yang berhampiran. Orang ramai juga dinasihatkan untuk membawa dokumen-dokumen sokongan yang lain bagi melancarkan urusan. Sila rujuk di laman sesawang (https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bwe.html) bagi memahami ‘kaedah memohon’.
Orang ramai yang ingin memohon bolehlah melayarai portal Kementerian Kewangan di (https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bwe.html) bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang Bantuan Warga Emas ini.
Helpline 03:8000 8000
#PrezCom