Kuala Lumpur, 14 Mac 2023 03:37pm. Sesi Soal Jawab Perdana Menteri, Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat hari ini mendapat perhatian ramai apabila isu ‘Pendakwaan Terpilih’ di bangkitkan semula melalui soalan yang di ajukan oleh Ahli Parlimen Pasir Mas (Perikatan Nasional), Ahmad Fadhli Shaari yang menanyakan soalan, “Seriouskan kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap proses tatakelola yang dikatakan tidak telus sebelum PRU 15 terutamanya LCS?.” (LCS adalah projek Kapal Tempur Pesisir yang dikatikan dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi ketika beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahanan pada tahun 2011.) projek Kapal Tempur Pesisir

Menjawab soalan yang tanyakan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anuar Ibrahim Menjawab, katanya;
“Arahan kepada pihak penguasa sama ada SPRM, LHDN itu menyeluruh dan tidak tertumpu pada satu-satu parti, sebab itu ada Ketua UMNO Bahagian Shah Alam yang didakwa tetapi tidak di fokus, maknanya sesiapa saja yang didapati oleh SPRM dan buktinya kukuh oleh peguam negara harus terima kenyataaan pendakwaan,…arahan saya ada, arahan saya termasuk LCS”

Peguan Negara, Yang Arif Tan Sri Idrus Harun, terdahulu sebelum ini pernah menegaskan bahawa “keputusan untuk membuat pendakwaan adalah berdasarkan siasatan, fakta serta keterangan didalam kertas siasatan dan ianya berlandaskan integriti tanpa memihak kepada sesiapa dan sekiranya terdapat bukti kukuh bahawa seseorang individu telah melanggar mana-mana peruntukan undang-undang maka individu tersebut akan didakwa berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada, jadi tidak wujud pendakwaan terpilih atau bermotifkan politik.” YA Tan Sri Idris Harun yang dilantik sebgai peguam negara pada 6 Mac 2020 bagi menggantikan Tan Sri Tommy Thomas dan dilantik semula sebagai Peguam Negara Malaysia bekuatkuasa 6 Mac 2023 yang lalu adalah Peguam Negara yang dilantik di zaman pemerintahan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan masih di kekalkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sementara itu Setiausaha Politik kepada Meneri Kewangan yang juga Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Encik Muhammad Kamil bin Abdul Munim telah membuat laporan polis terhadap Presiden Bersatu yang mendakwa kerajaan menggunakan agensi penguatkuasa untuk melakukan pendakwaan terpilih terhadapnya. Muhammad Kamil bin Abdul Munim juga berkata “Kenyataan Muhyiddin ini merupakan tomahan jahat, menghina dan berunsur fitnah dengan niat mewujudkan persepsi salah terhadap integriti agensi peguatkuasa serta badan pendakwaan”

Isu ‘Pendakwaan Terpilih’ ini pada mulanya dibangkitkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin berikutan pendakwaan yang dibuat terhadap ketua penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan yang didakwa atas kesalahan rasuah berjumlah RM6.9 juta dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi membangkitkan isu ‘Pendakwaan Terpilih’ ini sewaktu beliau di tahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) pada 9 Mac 2023 di atas tuduhan salah guna kuasa (RM232.5 juta) serta penggubalan wanga haram (RM195 juta) yang di sifatkan nya sebagai muslihat yang dilakukan bagi memusnahkan Perikatan Nasional (PN).

Sesi Dewan Rakyat 14/3/2023: https://www.tiktok.com/@prezcom.my/video/7210300852383272219?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7195979654527895042

#PendakwaanTerpilih
#KlusterJanaWibawa
#PrezCom