
Kuala Lumpur, 12 Mac 2023 05:37pm. Pemilihan UMNO bagi sesi 2023/2026 dianggap penting dan menjadi tumpuan ramai kerana dikatakan terdapat isu-isu proxy yang ditaja bagi usaha untuk menjatuhkan Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Hj Ahmad Zahid bin Hamidi. Pemilihan kali ini juga dapat memberikan kompas bayangan yang bukan sahaja akan menentukan kedudukan Presiden UMNO malah juga dapat memberikan peluang untuk ahli-ahli parti (perwakilan) membersihkan UMNO dari proxy-proxy pengkhianat dengan tidak mengundi mereka. Sumber mengatakan sekiranya proxy-proxy yang ditaja berjaya menguasi kepimpinan maka undi tidak percaya kepada Presiden akan dibuat dan sekiranya proxy-proxy berjaya di lumpuhkan maka UMNO akan menjadi lebih kuat dari sebelumnya.
Sementara itu sekitar jam 3-4 pagi tadi kekecohan dan bantahan berlaku didalam pemilihan Jawatankuasa Pemuda UMNO Titiwangsa dan diberitakan undi calon yang bertanding telah dilarikan dan dihancurkan di dalam konsipirasi bagi menjatuhkan calon yang bertanding. Beberapa footage’ video yang memaparkan bantahan telah mula tular di media sosial yang menyaksikan beberapa orang individu mengarahkan pihak terbabit untuk mengeluarkan kertas-kertas undi yang telah dirosakkan. Akibatnya Pemilihan Jawatankuasa Pemuda UMNO Titiwangsa telah di gantung. Parlimen Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa mempunyai seramai 316 pewakilan yang layak mengundi dan setakat ini Ketua Bahagian Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan belum mengeluarkan apa-apa kenyataan terhadap isu ini.
KEPUTUSAN-KEPUTUSAN LAIN (TIDAK RASMI)
Ketua Wanita UMNO
Datuk Seri Dr Noraini Ahmad mengekalkan jawatan Ketua Wanita UMNO dengan menewaskan pencabarnya Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dan ini dengan secara langsung menolak kenyataan Ketua Wanita UMNO Melaka, Datuk Haryati Hamdzah yang kononnya terdapat 147 Ketua Wanita UMNO Bahagian seluruh negara menyokongnya. Kenyataan Datuk Haryati Hamdzah ini juga pernah di selar oleh Pengarah Komunikasi Wanita BN, Rosni Zahari yang katanya telah membuat penyiasatan dan kajian terhadap kenyataan Datuk Haryati Hamdzah.
Ketua Pemuda UMNO
Bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr. Muhamad Akmal Saleh telah berjaya menewaskan semua pencabarnya dengan menerima sokongan majoriti.
Ketua Puteri UMNO
Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi
Pemilihan UMNO akan berakhir pada 18 Mac 2023 dengan berlangsungnya Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama Pemilihan Ahli MKT UMNO. Keputusan rasmi pemilihan ini akan diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU), Tan Sri Shahrir Samad setelah selesai proses perkiraan undi dan penelitian dijalankan dan satu sidang media dijangka akan diadakan lewat petang ini di Menara Dato’ Onn.
#PrezCom