
Kuala Lumpur, 6 Mac 2023 02:01pm. Tular di media sosial berkenaan video pendek berdurasi 2 Minit 40 saat yang memaparkan Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong membuat aduan tentang ‘makanan lewat sampai dan kualiti makanan yang rendah’ yang berlaku di PPS Sekolah Kebangsaan Seri Bertam, Yong Peng dan di beberapa Pusat Perpindahan Sementara (PPS). Di dalam video pendek tersebut Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata..,
Katanya; “saya sangat terkilan dengan kualiti makanan yang dihantar oleh pihak berkuasa (sambil menunjukkan gambar makanan), sarapan pagi dihantar pukul 11.00 pagi (lambat) dan makanan tengahari pula lauknya begitu sedikit sahaja. Saya memang kecewa dan saya nampak pekara ini tidak buat dengan baik dan saya mengambil keputusan untuk berbincang dengan AJK untuk masak sendiri, ‘lebih enak dan lebih berkhasiat,’..Ini tak patutlah dan saya akan perjuangkan. Kita akan masak sendiri dan buat secara rewang. Jangan bagi makanan macam ini, tentulah orang marah.”
Beliau menambah, katanya: ” Di kawasan saya ada 22 buat PPS dan 5 ribu orang makan, jadi tolonglah pihak Kebajikan jaga kebajikan mangsa banjir, itu yang kita patut utamakan. Mereka duduk disini dalam keadaan terpaksa dan bukan mereka hendak berada disini” Menurut Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong perkara yang sama berlaku di PPS Sk Seri Manggis yang menempatkan 40 keluarga dangan jumlah mangsa seramai 132 orang.
Terdahulu sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meluluskan peruntukan segera RM50 juta untuk negeri Johor bagi membantu mangsa banjir serta keperluan-keperluan segera yang diperlukan. Manakala Datuk Seri Dr. Hj. Ahmad Zahid Hamidi pula telah meluluskan RM10 juga bantuan tambahan yang disalurkan kepada Agensi Pengurusan Bencara Negara (NADMA) juga bagi membantu mangsa banjir di Johor.
Johor adalah antara negeri yang sangat tekesan dengan bencana banjir dan sehingga hari ini angka mangsa banjir terus melonjak menghampiri 40,000 orang mangsa dengan jumlah 10,793 keluarga terlibat yang telah dipindahkan di 238 PPS yang dibuka di sembilan daerah. Manakala Segamat terus kekal menjadi daerah paling terkesan dengan jumlah mangsa melonjak kepada 13,358 mangsa yang melibatkan seramai 3,921 keluarga di 77 PPS.
Mari besama kita panjatkan doa semoga keadaan kembali sediakala dan segala urusan dipermudahkan.
#BencanaBanjir
#TekadBantuRakyat
#PrezCom