
Kuala Lumpur, 1 Mac 2023 04:01pm. Satu kajiselidik dibuat bagi melihat prestasi Kerajaan Perpaduan oleh sebuah firma penyelidik bernama O2 Malaysia yang dikatakan telah menjalankan kajian yang melibatkan hanya seramai 35,000 responden dan kajian ini disebarkan melalui lima saluran media iaitu Awani, The Star, Sin Chew, Malaysia Nanban dan Sinar Harian untuk tempoh 10 hari.
Hasil dapatan kajiselidik ini telah menunjukkan beberapa dapatan yang agak pelik dan sangat meragukan. Bagi mendapatkan kepastian pihak PrezCom Media telah mengusahakan untuk mendapatkan penjelasan dari seorang bekas pensyarah yang telah banyak membuat kajian pasaran untuk memberikan komen terhadap kajian 100 hari ini. Ini adalah tiga (3) perkara menarik yang beliau kongsikan:
Kajian ini dianggap meragukan dan sungguh tersasar apabila:
- Kajian ini dinamakan 100 hari walaupun tempoh 100 hari Kerajaan Perpaduan belum pun sampai tempoh 100 harinya. Tidakkah pengkaji mengetahui bahawa Kerajaan Perpaduan hanya bermula mendapat mandat apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim secara rasminya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kesepuluh di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara pada 24 November 2022 pada pukul 5.06 petang dan kabinet Kerajaan Perpaduan mula dibentuk sepenuhnya pada 2/12/2022. Sekiranya tarikh mengangkat sumpah ahli-ahli kebinet hendak di jadikan titik pengukur permulaan kajian iaitu pada 2/12/2022 dan tarikh hari ini 1/3/2023 di jadikan sebagai tarikh akhir kajian itupun masih baru 89 hari dan bukannya 100 hari. Jadi secara teknikalnyapun melalui kiraan hari kajian ini sudah gagal.
- Kedua adakah sampel 35,000 orang responden boleh mewakili pendapat rakyat Malaysia berbilang bangsa yang takkala ini berjumlah 32.9 juta orang dan adakah bilangan sampel kajian ini sudah cukup untuk mendapatkan maklumat yang tepat? Apakah pengkaji tidak faham tentang konsep eksklusif dan menyeluruh atau ‘exclusive and exhaustive’ apabila mengambilkira bilangan sampel atau parameter yang perlu diambil kira sebelum memilih dan menetapkan sampel.
- Ketiga, adakah jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri boleh disamakan dengan jawatan menteri-menteri kabinet dari segi beban tanggungjawab yang mereka galas? Jawapannya sudah tentu tidak kerana sebgai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sudah tentunya mereka menggalas tugas dan tanggungjawab yang lebih besar. Sekiranya pengkaji tidak dapat merasional tugas dan tanggungjawab YAB Perdana Menteri dan YAB Timbalan Perdana Menteri mungkin kita boleh melihat skop yang lebih kecil untuk mendapat contoh yang lebih mudah difahami. Contohnya di sekolah tugas seorang Guru Besar (Pengetua) sudah tentu lebih besar dari tugas guru-guru kerana sebagai Guru Besar beliau bukan sahaja bertanggungjawab menjaga kesejahteraan murid-murid, guru-guru dan sekolah itu sendiri malah seorang guru besar perlu juga mengurus, mentadbir dan memimpin sekolah. Tugas serta tanggungjawab seperti ini tidak terletak di bahu guru-guru jadi bolehkan atau adilkah prestasi mereka diukur dengan parameter kajiselidik yang sama? Sekali lagi jawapannya sudah tentu tidak.
Tiga persoalan diatas telah secara langsung menunjukkan bahawa “Dapatan Kaji Selidik Tinjauan Rakyat Malaysia Terhadap 100 Hari Pentadbiran Kerajaan Perpaduan Amatlah Tidak Betul” jadi tidak kiralah apa juga dapatannya maka ianya sudah tentu tidak mencerminkan prestasi serta persepsi sebenar rakyat Malaysia terhadap Kerajaan Perpaduan. Kajian ini bukan sahaja tidak tepat malah telah mengundang persepsi dan mengaibkan pemimpin-pemimpin yang dizahirkan sebagai berprestasi rendah. Sepatutnya satu permohonan maaf secara terbuka dibuat kerana kita tidak mahu kajian ini dianggap berniat jahat dan mengundang persepsi negatif kepada kerajaan Perpaduan Rakyat yang tempoh 100 harinya belum pun tamat sehingga hari ini.
#MaruahUMNO
#TekadBantuRakyat
#100days
#PrezCom