
Kuala Lumpur, 23 Februari 2023 01:35pm.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki didalam sidang media di Putrajaya hari ini berkata, katanya:
“tiga atau empat lagi kertas siasatan sedang disiapkan untuk diserahkan kepad Pejabat Peguam Negara” dan “siasatan terhadapnya (Muhyiddin Yassin) berjalan seperti biasa…”
Azam Baki juga menegaskan, katanya:
“Kita bukan alat untuk mana-mana parti politik, siasatan yang kita (SPRM) jalankan adalah berdasarkan aduan dan maklumat, tiada pendakwaan terpilih dalam isu ini.”
Dalam sidang media yang sama apabila di tanya soal ‘pembelian saham dan pengambialihan konsesi syariat Menara Kuala Lumpur daripada Telekom Malaysia’ Azam Baki menambah, katanya:
“siasatan terhadap pembelian saham dan pengambalihan konsesi Syarikat Menara Kuala Lumpur (Menara KL) daripada Telekom Malaysia (TM) telah selesai dan kertas siasatan telah diserahkan kepada Pejabat Peguan Negara untuk tindakan lanjut”
Petang semalam SPRM juga telah menahan dan membuka kerta siasatan terhadap Mohamad Shafiq Abdul Halim, individu yang memuat naik video klip berdurasi 44 saat yang mendakwa SPRM menawarkan RM10juta kepada Ketua Penerangan BERSATU, Wan Saiful Wan Jan sebagai pertukaran untuk mengainaya bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin. Azam Baki mendakwa, akibat tuduhan itu SPRM telah menerima persepsi buruk dari rakyat dan persepsi itu tidak mudah di dipadamkan.
Muhamad Shafiq kini disiasat mengikut Seksyen 48 Akta SPRM 2009 kerana menggangu siasatan berkaitan projek Jana Wibawa
#KlusterJanaWibawa
#KlusterWibawa
#Prezcom