Agama dan politik tidak boleh dipisahkan dan begitulah juga diantara ulamak dan umarak (pemimpin). Seperti mana Riwayat Imam Ahmad ” Bandingkan para ulamak di dunia ini samalah seperti bintang-bintang dilangit. Ia menjadi pedoman atau panduan dalam kegelapan dilaut dan di darat. Jika bintang-bintang itu pudar atau hilang, maka mereka yang mengikutnya juga akan sesat.”
Sebelum ini Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid (DSDZH) pernah menegaskan bahawa UMNO akan terus menjulang dan memperjuangkan Islam demi kepentingan ummah selagi parti itu berada di atas landskap politik negara dan Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi juga menegaskan bahawa UMNO juga akan sentiasa menghormati kaum lain termasuk hak mereka untuk mengamalkan agama masing-masing dan kenyataan ini selaras dengan Perlembagan Persekutuan, Perkara 3 (1) yang menyatakan Islam adalah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang banyak terlibat dengan aktiviti pembinaan masjid, madarsah dan sekolah tahfiz kali ini sekali lagi akan bersama-sama menyemarakkan aktiviti bercorak keagamaan didalam program ‘Liqa Perdana’.
Program Liqa’ Perdana adalah salah satu inisiatif kearah #MalaysiaMadani yang menganjurkan penglibatan bersama diantara Ulama dan Umarak. Program ini akan melibatkan 200 orang tokoh-tokoh ulamak yang akan bersama-sama dan program ini juga akan diadakan setiap bulan dengan kelompok-kelompok yang berbeza.
Program ‘Liqa’ Perdana’ dan butirannya adalah seperti berikut:
Topik: Liqa’ Perdana Ilmuwan Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) Bersama Timbalan Perdana Menteri
Tema: Malaysia Madani
Tarikh: 17 Februari 2023, Jumaat
Tempat: Sri Satria, Putrajaya
Bagi orang ramai yang ingin mengikut perkembangan dan maklumat program ini bolehlah dapatkan maklumat di:
Sertai Channel & Group Telegram Liqa Perdana di:
Channel: https://t.me/liqaperdana
Group Diskusi:
https://t.me/+HCJLqVUJ0w05ZTM1
“Apabila Kita Jaga Allah, Pasti Allah Jaga Kita” – Zahid Hamidi
#LiqaPerdana
#IlmuanIslam
#UlamaUmarak
#MalaysiaMadani
#MaruahUMNO
#SetiaBersamaPresiden
#Prezcom