Terbaru bergema didada akhbar Sinar dengan tajuk “147 Ketua Wanita Bahagian Mahu Shahrizat Kembali”. Isu ini timbul selepas Datuk Haryati Hamdzah, Ketua Wanita UMNO Kota Melaka memberitahu beliau dan 147 Ketua Wanita UMNO Bahagian telah membuat perjumpaan bersama Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, 70 tahun secara bersemuka dan sebahagian dari mereka meminta Shahrizat kembali menerajui kepimpinan Wanita UMNO Malaysia.

Menyusur semula sejarah lampau, Shahrizat adalah anggota Perlimen Lembah Pantai 1995-2008 namun tewas kepada Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

Pada tahun 2011 negara di kejutkan dengan kontroversi National Feedlot Corporation (NFC) yang diterajui suaminya Datuk Dr. Mohamed Salleh Ismail. Kes NFC mendapat liputan luas dan memberikan kesan negatif kepada UMNO sehingga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO mendakwa isu NFC menjadi liabiliti kepada parti dan menggesa Shahrizat meletakkan jawatannya. Isu semakin meruncing apabila Jabatan Peguan Negara (AGC) memfailkan saman ke atas syarikat National Feedlot Corp (NFC) Pengerusinya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dan tiga anaknya dalam usaha kerajaan untuk mendapatkan semula pinjaman RM253 juta. Pada 11 Mac 2012 Shahrizat yang merupakan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat ketika itu melepaskan jawatannya daripada Kabinet.

Kes NFC yang bermula pada tahun 2011 dan berlarutan sehingga tahun 2022 mendapat lebih perhatian ramai apabila kes ini cuba dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak (DSNR) sebagai permainan persepsi yang dimainkan oleh parti pembangkang ketika itu. Walaubagaimanapun secara terang dan bersuluh persepsi ini dapat ditapis apabila DSNR memberitahu pinjaman itu diluluskan oleh Tan Sri Muhyiddin sewaktu beliau memegang portfolio Menteri Pertanian pada tahun 2006 iaitu 2 1/2 tahun sebelum DSNR menjadi Menteri Kewangan dan Perdana Menteri.

Kes NFC akhirnya berjaya diselesaikan dan Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil didapati tidak bersalah oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) kerana beliau dikatakan tiada kena mengena dengan kelulusan atau meluluskan pinjaman sebanyak RM250juta ringgit itu. Mungkin juga sudah sampai masanya Shahrizat kembali ke arena dan diberikan jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO Malaysia kerana dirinya sudah bersih.

#SetiaBesamaPresiden
#MaruahUMNO
#Tekad
#TekadBantuRakyat
#MalaysiaMadani
#PrezCom