
Jeti Roboh di Pulau Pababag, Semporna, Sabah.
Tular di media sosial apabila jeti roboh di Pulau Pababag, Semporna, Sabah.
Didalam video berdurasi pendek yang tular di media sosial kelihatan lebih 10 orang murid sekolah yang terjatuh terkapai-kapai ke dalam laut dan kelihatan juga beberapa orang guru lelaki terjun tanpa berfikir panjang bagi menyelamatkan anak-anak ini. Tahniah pada cikgu yang terjun sama selamatkan murid. Moga Allah berikan cikgu balasan baik didunia dan akhirat.
Alhamdulilah apabila berita ini sampai ke telinga YAB TPM Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi beliau terus meluluskan pembinaan semula jambatan tersebut. YAB TPM telah mengarahkan pihak Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) untuk segera berhubung dengan Pejabat Daerah Semporna bagi mengambil tindakan. Kementerian telah menyerahkan surat Arahan Pelaksanaan kepada Pejabat Daerah Semporna bagi Pembinaan Semula Jambatan dan Jeti Pulau Pababag dengan peruntukan sebanyak RM400,000.
Inilah contoh kerajaan #madani yang #TekadBantuRakyat dalam apa keadaan sekalipun.
#SetiaBersamaPresiden
#MaruahUMNO
#PrezCom
#MalaysiaMadani
#Tekad
#TekadBantuRakyat