Ye betul, tajuk “DAP Mahu Kerajaan Perak Luluskan Hak Milik Tanah 999 Tahun” atau “Hak Milik Kekal” kepada Kampung-Kampung Baru adalah menifesto DAP pada PRU14 yang di bawa oleh Nga Kor Ming. Seperti ‘mencurahkan minyak di dalam api’ orang-orang Melayu semakin rasa tidak selesa apabila mendapat tahu sekurang-kurangnya 3,214 hektar tanah rizab Melayu di Mukim Jaya Baru dan Sitiawan dipindah milik kepada bukan Melayu secara tidak sah walaupun secara umum di ketahui tindakan itu bertentangan dengan Seksyen 19 Enekmen Rizab Melayu 142 dan tidak mengikut Seksyen 419 Kanun Tanah Negara.

Isu pemindah tanah secara haram ini di sahkan oleh Jabatan Audit Negara dan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2019, Siri 2 Aktiviti Jabatan dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 28 September 2021, Jabatan Audit Negara juga memaklumkan terdapat pencerobohan secara haram dikesan ke atas Tanah Rizab Melayu seluas 309 hektar di daerah Kerian dan Perak Tengah sejak 20 tahun lalu.

Apakah tindakan susulan di peringkat kerajaan negeri? Apakah tindakan YAB Menteri Besar Perak demi menjaga maruah orang Melayu? Apakah atau adakah nasib yang sama menimpa Tanah Rizab Melayu (TRM) ketika ini di negeri-negeri lain kerana kita tahu pemindahan TRM kepada bukan Melayu adalah menyalahi Enakmen Rizab Melayu dan Kanun Tanah Negara. Siapa dalang sehingga tergadainya Tanah rizab Melayu ini?

Sama-samalah kita ikuti isu dan perkembangan ini kerana isu ini seolah-oleh dipendamkan tanpa apa-apa tindakan dan seolah-olah ada tangan-tangan ajaib yang menguasai isu ini.

#MaruahUMNO
#MaruahMelayu
#Tekad
#TekadBantuRakyat
#Madani
#TanahRizabMelayu
#DaulatTuanku