
Pada 28/5/2021 Mohd Hatta, 45 telah memfailkan tindakan saman mewakili dirinya dan juga mewakili lebih 32 juta Rakyat Malaysia yang terkesan dengan kes Pulau Batu Putih melalui peguam Mohaji Selamat. Mohd Hatta Sanuri sebagai plantif kali ini sekali lagi memfailkan writ samana kepada dua bekas Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Dr Mahathir Mohamad susulan pembatalan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi atau lebih dikenali sebagai High Speed Rail (HSR) antara malaysia dan singapure.
Projek bernilai RM110 bilion yang melibatkan pembangunan sepanjang 350km itu dikatakan akan dapat memendekkan masa perjalanan dari Kuala Lumpur ke Singapura kepada 90 minit. Walaubagaimanapun projek HSR ini telah di tamatkan pada 1/1/2021 dengan negara kita, Malaysia perlu membayar pampasan kepada Singapura.
Menurut salinan kertas Kausar yang difalkan di mahkamah tinggi kuala lumpur pada 30/12/2002 plantif menamakan Tun Dr Mahathir Muhamed sebagai defendan pertama (1), Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin sebagai defenden kedua (2) , Dato’ Sri Mustapa Mohamed (bekas menteri di jabatan perdana menteri) sebagai defenden ketiga (3), Datuk Seri Ir. Wee Ka Siong (bekas menteri pengankutan) sebagai defenden keempat (4) dan kerajaan Malaysia sebagai difenden ke lima (5)
KESALAHAN
1. Tun Dr Mahathir Mohamad cuai dan melakukan kesalahan penyelewengan (tort misfeasans) dalam jawatan awam yang menyebabkan penangguhan projek HSR pada 5/9/2018 serta impaknya negara kita, Malaysia membayar pampasan RM46 juta kepada Singapura pada 31 Januari 2019 sewaktu Mahathir menjawat jawatan perdana menteri Malaysia.
2. Tan Sri Muhyiddin Yassin cuai dan melakukan kesalahan penyelewengan (tort misfeasans) dalam jawatan awam dengan menamatkan projek HSR pada 31/12/2020 yang sekaligus menyebabkan negara kita, Malaysia membayar RM320 juta sebagai pampasan kepada Singapura pada tahun 2021.
3. Dato’ Sri Mustapa Mohamed dan juga Datuk Seri Ir. Wee Ka Siong cuai dan melakukan penyelewengan dalam jawatan awam berhubung penangguhan projek HSR.
KERUGIAN
Penangguhan dan pembatalan projek HSR menyebabkan:
1. Hilangnya keyakinan pelabur asing terhadap negara kita
2. Kehilangan 70,000 peluang pekerjaan bependapatan tinggi
3. Kehilangan keuntungan hasil dari projek HSR yang dijangkakan sebanyak RM70bilion
4. Kerugian sebanyak RM366 juta akibat penangguhan dan pembatalan projek HSR
TUNTUTAN
Bedasarkan fakta kes, defenden perlu membayar ganti rugi teruk dan teladan kepada setiap rakyat Malaysia.
Plantif memohon:
1. Defendan membayar RM1 juta sebagai pampasan kepada setiap warganegara Malaysia
2. Penjelasan bertulis dengan memberikan sebab penangguhan dan pembatalan projek
3. relif untuk menarik balik pembatalan projek HSR
Mari kita sama-sama tunggu dan lihat arah kes ini dan apa keputusan mahkamah. Apapun RM1 Juta untuk semua warganegara Malaysia ini bukanlah permainan persepsi. Teruskan besama Perzcom untuk lanjutan kes ini nanti.
#SetiaBersamaPresiden
#MaruahUMNO
#Tekad
#TekadBantuRakyat
#HakRakyat
#Tuntut
#Madani
#MasyarakatMadani
#Prezcom
#SukarelawanMedia