Kisah Tok Dalang Yang Bergendang Solo pada Episod 1 dan Episod 2 kini hampir menemui penamatnya. Hari ini diberitakan Tok Dalang telah diusir dari kampungnya dan juga diberitakan akan berpindah ke kampung seberang. Desas-dusus yang dibawa angin juga memberikan gambaran penduduk-penduduk kampung seberang ramai yang mula resah kerana mereka tidak mahu Tok Dalang menetap di kampung mereka. Bagi mereka Tok Dalang ini terlalu banyak terpalit hal-hal yang nista. Sebenarnya bukan orang-orang kampung seberang sahaja yang resah tapi Tok Dalang juga sangatlah resah.

Senario Terkini:

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang tewas bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) di Parlimen Sungai Buloh, November lalu dan Tan Sri Noh Omar telah di pecat keahliannya dari UMNO berikutan keputusan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MKT) UMNO hari ini.

Selain itu yang turut dipecat ialah 5 orang ahli UMNO Bahagian Pasir Gudang, 9 orang ahli UMNO Bahagian Putrajaya, 2 orang ahli UMNO Bahagian Tanjung Karang dan 26 orang ahli UMNO dari negeri Pahang. Antara kesalahan mereka ialah menjadi calon bebas, calon parti selain Barisan Nasional dan terlibat membantu parti lawan ketika PRU-15.

Ahli UMNO yang digantung hak-haknya dalam parti selama 6 tahun pula ialah YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Maulizan Bujang, Datuk Seri Mohd Salim Sharif dan Saudara Shahril Sufian Hamdan.

Keputusan ini adalah susulan dari apa yang dijanjikan semasa Perhimpunan Agung (PAU) 2022 di mana Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberitahu semua perwakilan bahawa operasi pembersihan parti secara besar-besaran akan dibuat.

Katanya “Saya kata dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, kita akan lakukan pembersihan parti secara besar-besaran, termasuk mereka yang sabotaj parti dan calon parti pada PRU15, dan mungkin termasuk orang yang menembak kaki sendiri (sabotaj diri sendiri) ketika pilihan raya diadakan.”

Sedia maklum perbutan ‘baling batu sembunyi tangan,’ dan sikap seperti ‘gunting dalam lipatan’ tidak harus ada lagi dalam UMNO. Seperti mana kata Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini “I’m Ready to Fight”. Apapun implikasi dari keputusan MKT hari ini tidaklah menjadi sesuatu kerisauan pada Presiden UMNO. Sudah pasti selepas ini serangan-serangan media dan perang saraf akan dipergiat terhadap UMNO dan Presiden UMNO khususnya. Namun sejarah telah membuktikan ‘UMNO terus mara untuk rakyat Malaysia’.

#Madani
#Prezcom
#TekadBantuRakyat

—–

Ts. Megat Zainurul Anuar bin Megat Johari atau lebih di kenali sebagai Coach Megat adalah seorang Business Coach dan Innovater berpengalaman yang telah banyak membimbing syarikat-syarikat besar seperti Sime Darby, Tenaga Nasional Berhad, Perodua, Telekom Malaysia, Bousted Holding, Serba Dinamik, UEM Edgenta dan banyak lagi syarikat anchor di Malaysia didalam program Pembangunan Vendor. Beliau juga adalah Master Trainer aktif membimbing dan melatih usahawan Orang Kurang Upaya (OKU) dibawah program SAY LEAD PRO MALAYSIA iaitu semua program di bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor.

Aritikel ini adalah sumbangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian PrezCom.

#PrezCom