Ada pemain-pemain media sosial yang cuba memainkan beberapa isu ketika ini. Untuk yang Pro Kerajaan Perpaduan isu “Ringgit Malaysia semakin kukuh kerana Kerajaan Perpaduan” dan untuk yang Tidak Pro Kerajaan Perpaduan isu yang dimainkan adalah  “Kerajaan semakin lemah kerana isu “Pecat dan Gantung” yang di buat oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO semalam”.

Ini adalah jawapan mudah bagi merungkai dua persoalan ini:

Isu 1: “Ringgit Malaysia semakin kukuh kerana Kerajaan Perpaduan”
Kadar inflasi di US terus meningkat dan kemelesetan ekonomi terus melonjak menyebabkan keupayaan berbelanja jatuh sehingga 0.2%. US dolar terus lemah berbanding keseluruhan matawang global dan ini menyebabkan nilai Ringgit juga secara tidak langsung meningkat di pasaran. Kekuatan nilai Ringgit Malaysia ini tiada kena mengena dengan kekukuhan kerajaan sedia ada walaupun terbukti kerajaan sedia ada lebih stabil dan secara keleluruhannya mendapat mandat rakyat. Terbaru kenaikan minyak mentah dunia sebenarnya menguntungkan negara kerana memperolehi lonjakan pendapatan. Berdasarkan data-data yang lepas menjangkakan bahawa kenaikan AS$1 bagi setiap tong minyak mentah akan menambah RM300 juta pendapatan Malaysia

Isu 2: Kerajaan Semakin Lemah kerana isu “Pecat dan Gantung” yang di buat oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO semalam”
Sepekara lagi ada juga desas-desus yang mengatakan keputusan MKT UMNO semalam yang memecat beberapa Tok Dalangnya seperti Tan Sri Noh Omar dan Khairy Jamaluddin akan memberikan kesan kepada kerajaan sedia ada. Ini sebenarnya adalah tanggapan yang amat salah kerana Noh Omar dan Khairy tidak memegang jawatan apa pun didalam Kerajaan Perpaduan dan juga bukan Ahli Parlimen. Noh Omar tidak bertanding pada PRU15 dan Khairy ternyata tumpas pada PRU15. Jadi kehilangan mereka sebenarnya tidak memberikan apa-apa impak ekonomi ataupun kesejahteraan pada kerajaan yang ada sekarang.

Cukup-cukuplah berpolitik, negara kita tidak boleh  dibina dengan pemainan sentimen. Rakyat perlukan fakta dan Masyarakat Madani tidak akan terbina dengan auta dan permainan persepsi.

#Madani
#MasyarakatMadani
#Prezcom
#Tekad
#TekadBantuRakyat

—–

Ts. Megat Zainurul Anuar bin Megat Johari atau lebih di kenali sebagai Coach Megat adalah seorang Business Coach dan Innovater berpengalaman yang telah banyak membimbing syarikat-syarikat besar seperti Sime Darby, Tenaga Nasional Berhad, Perodua, Telekom Malaysia, Bousted Holding, Serba Dinamik, UEM Edgenta dan banyak lagi syarikat anchor di Malaysia didalam program Pembangunan Vendor. Beliau juga adalah Master Trainer aktif membimbing dan melatih usahawan Orang Kurang Upaya (OKU) dibawah program SAY LEAD PRO MALAYSIA iaitu semua program di bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor.

Aritikel ini adalah sumbangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian PrezCom.