
FirmanNya dalam Surah Al-Hujarat ayat 13:
Tafsirnya: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah jadi kamu berbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan dan beramah mesra antara satu sama lain. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, bukan yang lebih keturunan atau bangsanya. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui lagi maha mendalam pengetahuannya akan keadaan dan amalan kamu”.
Ayat diatas juga menggambarkan Islam menggalakkan persefahaman dalam membentuk perpaduan yang tidak terbatas kepada saudara seagama sahaja. Islam memandang seluruh umat manusia itu adalah sama, tiada yang lebih mulia dari yang lain, kecuali ketaqwaan mereka kepada Allah S.W.T. Oleh itu perbezaan latarbelakang seperti bahasa, agama, bangsa dan lokaliti bukanlah halangan untuk kita menyemai tali persaudaraan sebagai asas penyatuan ummah.
Pada tahun 2019 media dikejutkan dengan kehadiran seorang wanita bukan islam bernama Ang Bee Cheng yang menamani anaknya di majlis graduan Darul Quran. Tan Mike Foong , 23 tahun yang juga orang kurang upaya (OKU) menerima ucapan tahniah dari ibunya di majlis Konvokesyen Darul Quran di Kuala Kubu Baharu, Hulu Selangor. Ketika itu Tan Mike Fong berjaya berjaya menamatkan Sijil Asas Tahfiz selama setahun di Darul Quran. Tahun lepas, pada tahun 2022 Tan Mike Fong yang kini bergelar Mike Al-Hafiz berjaya menghafaz 30 Juzuk Al-Quran dan juga berjaya menulis seluruh isi Al-Quran didalam tilisan Braille.
Apa yang menyentuh hati disini adalah apabila ibunya Ang Bee Cheng yang masih menganut agama asalnya sanggup berulang-alik membantu anaknya dalam menyediakan bekalan makanan halal dan menghantar keperluan pakaian yang bersih. Pebezaan agama sesungguhnya tidak menghalang atau memaksa hubungan kekeluargaan mereka terputus. Ayahnya Encik Tan Ang Chong menghormati pilihannya memeluk Islam dan menyokong penuh anaknya mempelajari ilmu Al-Quran sejak 7 tahun yang lalu.
Semoga kisah Mike Al-Hafiz memberi inspirasi kepada kita sebagai pemangkin kepada persaudaraan dan perpaduan masyarakat berbilang kaum di Malaysia yang seterusnya mengarah kepada masyarakat madani.
Note: Tahniah kepada semua Asatizah, pensyarah dan pentadbir Darul Quran JAKIM, tahniah saudara Mike Al-Hafiz dan tahniah kepada seisi keluarga Mike Al-Hafiz terutama kepada ibunya puan Ang Bee Cheng dan ayahnya encik Tan Ang Chong.
Note: MADANI diacu berteraskan 6 rukun iaitu Ke[M]ampanan, Kesej[A]hteraan, [D]aya cipta, Horm[A]t, Keyaki[N]an dan [I]hsan.
#Prezcom
—–
Ts. Megat Zainurul Anuar bin Megat Johari atau lebih di kenali sebagai Coach Megat adalah seorang Business Coach dan Innovater berpengalaman yang telah banyak membimbing syarikat-syarikat besar seperti Sime Darby, Tenaga Nasional Berhad, Perodua, Telekom Malaysia, Bousted Holding, Serba Dinamik, UEM Edgenta dan banyak lagi syarikat anchor di Malaysia didalam program Pembangunan Vendor. Beliau juga adalah Master Trainer aktif membimbing dan melatih usahawan Orang Kurang Upaya (OKU) dibawah program SAY LEAD PRO MALAYSIA iaitu semua program di bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor.
Aritikel ini adalah sumbangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian PrezCom.