Perak (Bagan Datuk),  24 Januari 2023  03:50. “Luluh hati melihat keadaan rumah terbakar”. Itulah keluhan Datuk Seri Dr. Ahamad Zahid Hamidi apabila kebakarann berlaku di Bagan Ikan, Bagan Datuk yang telah memusnahkan enam buah rumah dan mengorbankan seorang lelaki warga emas minggu lalu.

Datuk Seri Dr. Ahamad Zahid Hamidi begitu rasa terharu tambahan pula perkara ini berlaku sewaktu kita semua sedang merayakan perayaan Tahun Baharu Cina. Bagi membantu meringankan beban Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan sedikit bantuan kepada kesemua enam keluarga dan mereka semua diberitakan akan menerima rumah baharu PPRT dengan nilai RM66,000 yang berkeluasan 660 kaki persegi. Semoga bantuan ini dapat segera mengurangkan keresahan keluarga yang terkesan

#MasyarakatMadani
#PrezCom
#TekadBantuRakyat