
Ini bukan kisah cinta tapi ini adalah bahasa perumpamaan warga Perak. ‘bercinta’ bermaksud memakan masa yang lama. Bagi warga Kuala Lumpur yang kampungnya di Perak dan untuk warga Perak yang hendak ke Kuala Lumpur khususnya bagi penduduk Bagan Datuk, Batu 5, Hutan Melintang dan Teluk Intan perjalanan akan mengambil masa hampir 3 jam lamanya.
Kini penduduk yang selalu berulang-alik atau balik kampung boleh menarik nafas lega apabila Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengusahakan pembinaan jambatan ‘Bagan Datuk – Kampung Sejagop’ dalam daerah Perak Tengah. Projek ini membabitkan pembinaan jalan raya dari Pekan Jalan Datuk sejauh 8.2 kilometer (KM) menggunakan ‘elevated road’. Jambatan sepanjang 1.54KM ini dibina merentasi Sungai Perak.
Pembinaan jambatan bukan sahaja menyelesaikan masalah tanah gambut di sebelah Bagan Datuk tetapi juga dikatakan dapat menjimatkan tempoh perjalanan ke Kuala Lumpur sehingga 1 jam setengah sahaja apabila Lebuh Raya Pesisir Pantai Barat (WCE) siap dibina.
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bukan sahaja berjaya mengusahakan projek jambatan ini tetapi juga berjaya menarik pelabur asing untuk membina kilang di seberang kedua-dua jambatan.
Nota: 23.1.2023: Lawatan kerja YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Parlimen Bagan Datuk, Perak Darul Ridzwan.
#TPM
#PresidenUMNO
#SetiaBersamaPresiden
#MaruahUMNO
#DatukSeriDrAhmadZahidHamidi
#Madani
#MasyarakatMadani
#LawatanKerja
#Tekad
#TekadBantuRakyat
#PrezCom