Seperti sedia maklum di hikayat ‘Tok Dalang Yang Bergendang Solo’ Episod 1, kisah berakhir dengan gendang tok dalang tiada sambutan sehingga kesemua penonton balik meninggalkan pentas. Kisah ini tidak tamat begitu sahaja. Ikuti sambungannya.

Kisah seterusnya:
Di beritakan apabila gendang tok dalang tiada sambutan maka tok dalangpun mengupah beberapa kuncu-kuncunya untuk menari dan bersoark. Harapan tok dalang hanya satu supaya orang-orang kampung kembali datang menonton dan menari di pertunjukkannya. Maka kuncu-kuncunya dibayar RM300 untuk bersorak. Kuncu-kuncunya terpekek-terlolong dengan kuat supaya suara mereka didengari orang-orang kampung. Kerana sorakan itu terlalu kuat dan sumbang maka beberapa jiran yang duduk berhampiran pun datang tetapi bukan disebabkan mahu menonton wayang mereka sebenarnya datang untuk menemplak kuncu-kuncu tok dalang tadi. Ada juga orang-orang kampung yang datang menyarakan supaya ‘tok dalang dan kuncu-kuncunya’ dhalau bukan sahaja dari pentas tetapi keluar dari kampung.

Mari kita lihat senario yang sama berlaku hari ini apabila isu ‘Usul Tambahan Keputusan Perwakilan’ tidak mendapat sambutan. Ada tok dalang yang dikatakan mengupah bekas pegawainya untuk membuat laporan ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPMM). Tok dalang mengambil sikap ‘baling batu sembunyi tangan’. Kini tok dalang ditemplah oleh Datuk Dr Puad Zarkashi sebagai ‘tidak waras’. Sementar Datuk Seri Jamal Md Yunos pula berkata akan membuat laporan rasmi kepada Lembaga Displin UMNO.

Nasib tok dalang kini ditentukan oleh Lembaga Displin dan bukan tok dalang sahaja yang nasibnya seperti ‘telur di hujung tanduk’ malah nasib kuncu-kuncunya terpalit sekali kerana bertindak semberono dan mencemarkan imej parti. Sementar itu Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi terus mengemudi UMNO dengan baik dan seperti kata beliau sebelum ini ‘Fokus Kita adalah Kehadapan’.

Apa yang pasti tok dalang akan terus mencari helah. Kita tunggu helah-helah selanjutnya atau kita tunggu keputusan Lembaga Displin.

Kisah Lepas: Kisah Tok Dalang Yang Bergendang Solo: Episod 1

Imej: Kredit kepada ‘Asian Art Newspaper’

#PrezCom

—–

Ts. Megat Zainurul Anuar bin Megat Johari atau lebih di kenali sebagai Coach Megat adalah seorang Business Coach dan Innovater berpengalaman yang telah banyak membimbing syarikat-syarikat besar seperti Sime Darby, Tenaga Nasional Berhad, Perodua, Telekom Malaysia, Bousted Holding, Serba Dinamik, UEM Edgenta dan banyak lagi syarikat anchor di Malaysia didalam program Pembangunan Vendor. Beliau juga adalah Master Trainer aktif membimbing dan melatih usahawan Orang Kurang Upaya (OKU) dibawah program SAY LEAD PRO MALAYSIA iaitu semua program di bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor.

Aritikel ini adalah sumbangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian PrezCom.