Tok Dalang dalam bidang wayang kulit ialah seorang yang memainkan pelbagai peranan, antaranya sebagai penulis cerita, pengarah lakonan, pengatur pentas, penyusun iringan, pengisah, pemain watak, dan “penyanyi”. Mudahnya Tok Dalang buat semua.

Di dalam arena politik juga ramai Tok Dalang tapi Tok politik tugasnya lebih mudah kerananya tugasnya ‘hanya memukul gendang dan mengharapkan ada orang yang akan menari’.

Terbaru isu ‘Perlekeh Keputusan Perwakilan’. Tajuk ini didendangkan dan gendang dipalu dengan sungguh kuat tapi malangnya tiada ahli diakar umbi dan pemimpin UMNO yang menari. Yang menari adalah Tok dalangnya sendiri dan beberapa budak suruhan yang diberikan dedak supaya sama menari.

Isu keputusan Perwakilan ini dikatakan tidak demokrasi sedangkan:
1. Perwakilan di pilih ketika mesyuarat bahagian secara demokratik (secara undian).
2. Perwakilan automatik pula dipilih secara demokratik atas jawatan mereka.
3. Usul yang dikemukan semasa PAU pula ada pencadang dan penyokong dan dikemukakan dihadapan semua Perwakilan dan semua usul tersebut lulus dengan majoriti yang besar.

Jadi ini bermakna ahli-ahli UMNO secara majoriti dan demokratik menolak pertandingan jawatan presiden dan timbalan presiden.

Yang masih mempersoalkan soal DEMOKRATIK dan PENGUNDI HANTU adalah tok-tok dalang sahaja. Mereka ini patut diambil tindakan tegas oleh ahli lembaga disiplin kerana terus menerus mencalarkan imej parti.

Mereka ini bukan pejuang, bukan pemimpin tetapi hanyalah tok-tok dalang yang karyanya sudah lapok tapi masih cuba memalu gendang.

#PrezCom

—–

Ts. Megat Zainurul Anuar bin Megat Johari atau lebih di kenali sebagai Coach Megat adalah seorang Business Coach dan Innovater berpengalaman yang telah banyak membimbing syarikat-syarikat besar seperti Sime Darby, Tenaga Nasional Berhad, Perodua, Telekom Malaysia, Bousted Holding, Serba Dinamik, UEM Edgenta dan banyak lagi syarikat anchor di Malaysia didalam program Pembangunan Vendor. Beliau juga adalah Master Trainer aktif membimbing dan melatih usahawan Orang Kurang Upaya (OKU) dibawah program SAY LEAD PRO MALAYSIA iaitu semua program di bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor.

Aritikel ini adalah sumbangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian PrezCom.