Sejak penubuhan UMNO pada tahun 1946, jawatan Presiden hanya dipertandingkan sebanyak 4 kali iaitu pada tahun 1951, 1978, 1987 dan 2018. Akibat jawatan tertinggi parti tersebut dipertandingkan maka UMNO telah mengalami perpecahan teruk sehingga tertubuhnya parti serpihan seperti Parti Negara dan Parti Melayu Semangat 46. Perpecahan dalaman juga berlaku akibat perebutan jawatan dengan ujudnya dua kelompok dalam parti sehingga sekarang.

Oleh yang demikian, usul yang diluluskan oleh para perwakilan PAU 2022 bahawa tiada pertandingan untuk jawatan Presiden dan Timbalan UMNO adalah sangat tepat kerana parti tidak mampu lagi untuk berpecah. Usaha untuk pengukuhan parti akan dapat dilaksanakan sekiranya semua ahli bersatu padu.

Namun begitu langkah UMNO tersebut mendapat reaksi yang berbeza oleh segelintir kelompok didalam dan diluar parti.

Faktor yang menyebabkan mereka resah dan bimbang apabila Zahid kekal sebagai Presiden UMNO adalah:

a. Kerajaan perpaduan akan kekal bertahan sekurang-kurangnya sehingga habis penggal tanpa diganggu gugat oleh pihak pembangkang. Mereka yang bercita-cita untuk mengambil alih kerajaan akan terbantut.

b. Kerajaan boleh menumpukan kepada menguruskan pentadbiran negara tanpa politiking yang berlebihan. Prestasi yang cemerlang dalam melaksanakan tugas akan memberikan impak kepada persepsi rakyat.

c. Segala penyelewengan kerajaan sebelum ini akan terbongkar satu persatu. Gelaran perompak dan penyamun serta kluster mahkamah akan bertukar tangan.

d. Apabila penyelewengan terdahulu terbongkar akan menyebabkan slogan ‘Bersih dan Stabil’ tidak lagi relevan untuk diguna-pakai.

e. Mereka yang ingin melihat UMNO semakin lemah akibat perpecahan akan kecewa kerana impian mereka tidak kesampaian.

Adalah diharapkan semua ahli UMNO khasnya berlapang dada dan bersatu padu sesama ahli. Usaha untuk pengukuhan parti harus diteruskan untuk terus maju kehadapan.

Note: Artikel kali ini adalah nukilan tuan Shahbudin Embun, Penganalisis Politik merangkap Pengerusi Biro Politik Dan Kepimpinan MPM

#PersidanganAgungUMNO
#PresidenUMNO
#SetiaBersamaPresiden
#MaruahUMNO
#DatukSeriDrAhmadZahidHamidi
#MajlisPerundinganMelayu
#MPN
#PrezCom